Pages

Monday, August 27, 2012

Politeknik Kuching Sarawak


Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Almost 3 weeks aku tak post apa2. Hehehe... Seronok sangat beraya kat kampung. Seminggu sebelum raya kami dah balik kampung, berpuasa kat Jengka 11, KotaSAS dan Kuala Ibai. Raya pun kat 3 tempat tu. Tahun ni rasa sangat excited bila balik kampung, maklumlah lama berada kat Kuching.

Hari ni 1st day kerja, rasa malas sangat nak kerja sebab dah 2 minggu tak kerja. Kat PKS ni pun senyap je. Ramai lagi staf dan student yang tak ada. By the way, minggu ni still punch in 7.30am dan punch out 4.30pm. Ramai lagi yang tak tau, aku pun baru je tau. Hari ni confirm merah punch kad sebab aku punch 7.36am. Hehehe...

Kelas ler pulak...

Saturday, August 4, 2012

Masak2 Ramadhan 2012 JMSK

Alhamdulillah, semalam 14 Ramadhan bersamaan 3 Ogos 2012, kami warga JMSK PKS telah bergotong royong memasak untuk berbuka puasa di Masjid PKS. Program ni bertujuan untuk juadah berbuka puasa warga JMSK dan para pelajar yang tinggal di asrama.

Syukur dan tahniah kepada semua warga JMSK telah sama2 berganding bahu menjayakan program ini. Antara menunya ialah nasi minyak, ayam masak merah, dalca dan acar.







Thursday, August 2, 2012

Cara untuk cari balik files yang hilang atau hidden

Hari ni aku baru discover satu cara baru untuk cari balik files atau folder yang hilang dari USB drives disebabkan virus. Biasanya terjadi bila kita cucuk USB drives dan scan guna antivirus, then antivirus tu detect ada threat atau malware. Bila kita click fix the problems or issues, virus dah hilang tapi sekali dengan files or folders kita semua hilang. Sebenarnya files or folders kita tak hilang, just hidden je.

1. Mula2 sekali jangan panik dan gelabah. Pastikan USB drives tu masih ada lagi kat USB port tu. Jangan remove lagi.

2. Then,  klik  Start -> Run -> CMD -> dan Enter. Step ni sebenarnya untuk keluarkan popup Command Prompt.

3. Next, tentukan USB drives tu drive apa, C ke D ke E ke F ke...
Type nama drive tu dalam command prompt. Contohnya USB drive tu jadi F drive, so type F: lepas tu Enter
Kat command prompt akan tunjuk F:\>


4. Then type attrib -s -h /s /d *.* 
Pastikan ada space antara ungkapan di atas

5.Klik Enter dan tunggu beberapa saat. Command prompt akan tunjuk balik drive kita tadi. F:\>




Check balik USB drive tadi, InsyaAllah ada balik semua files dan folders kita.


Selamat Mencuba!!!



Wednesday, August 1, 2012

5 tahun telah berlalu

Hari ni tanggal 1 Ogos 2012, genap 5 tahun aku dan isteri serta rakan2 batch GSTT Ogos 2007 bertugas sebagai penjawat awam. Kamilah batch GSTT yang terakhir di politeknik. Sempat merasa kerja dalam kontrak, tak boleh cuti, gaji lambat dapat dan macam2 lagi.

So many things happened in this great 5 years. Good things, bad things. Nevertheless, Alhamdulillah, syukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah swt selama 5 tahun ini. Semoga tahun2 yang mendatang akan lebih murah lagi rezeki dan juga sentiasa dipermudahkan urusan di samping isteri tersayang, Hazila Abdullah @ Hassim.