Pages

Thursday, May 30, 2013

Resepi popia ringkas dan sedap

Huhuhu... popia antara makanan feveret kami tapi yang dibeli selalunya mahal atau fillings nya sikit. So, kami buat ler sendiri. Kasi umphhh lagi... Buat banyak2, senang balik kerja, goreng saja.


Bahan2

1 mangkuk kecil ayam (didadu kecil)
1 biji kentang (didadu kecil)
1/2 batang lobak merah (didadu kecil)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 labu bawang besar (didadu kecil)
Garam secukup rasa
1 mangkuk air

Kulit popia

5 keping rumpai laut Tao Kae Noi (dipotong sederhana besar)











Cara menyediakan
Panaskan minyak... Tumiskan bawang sampai layu... Masukkan ayam, goreng sampai masak... Masukkan kentang dan juga lobak merah, kacau biar bergaul sebati... Masukkan garam secukup rasa dan lada hitam... Angkat dan sejukkan inti popia yang sudah masak...











Untuk menghasilkan popia, kulit popia mesti dinyahbeku dalam masa 30 minit... Lepas tu, tutup kulit popia dengan tuala basah... Bila nak guna, ambil sehelai dan yang selebihnya tutup balik dengan tuala basah...
Letakkan sekeping rumpai laut di atas kulit popia... Letakkan inti sesudu makan atas rumpai laut dan gulungkan (cara gulung boleh rujuk pada bungkusan kulit popia)... Gunakan air sebagai pelekat untuk mengelakkan gulungan daripada terbuka.
Letakkan popia yang telah siap ke dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk... Boleh juga goreng terus...

Wednesday, May 29, 2013

Cara mengekalkan kesegaran ikan

Pagi tadi masa breakfast kat Mansor atau ada juga yang panggil Red Bridge, ada orang jual ikan segar... Ikan yang baru dibawa balik dari trip memancing... Rupa-rupanya yang menjual tu anak toeky kedai makan Mansor tu... Banyak ikan dia jual, ada kerapu, jenahak, siakap merah, pari, sembilang, belanak dan beberapa jenis lagi yang aku tak tau nama.

Kami beli 3 jenis ikan, seekor  ikan kerapu seberat sekilo yang berharga RM15 je sekilo. 2 ekor kan jenahak seberat 700 gram berharga RM15  sekilo, dan sekilo ikan belanak berharga RM5 sekilo. Total yang kami bayar, RM27, jauh lebih murah dari pasar. Kami beli banyak ikan sebab bercadang nak bawa balik ke Semenanjung. 

Kat entry ni aku ada share cara nak kekalkan kesegaran ikan untuk dibawa balik ke kampung, naik flight atau bas... Kalau kampung dekat, guna icebox je. Aku belajar cara ni dari tokey kedai makan Mansor jugak...
ikan kerapu segar

ikan jenahak segar
 Mula2, bungkus ikan dengan plastik sampah... Bagus kalau buat 2 lapisan.


Then, buat lapisan ketiga dengan kertas surat khabar... Lapisan keempat pun dengan surat khabar jugak... Seal dengan tape, boleh guna masking tape atau apa2 jenis tape...

Lastly, masukkan dalam peti sejuk, letakkan di bahagian freezer dan suhu mesti maksimum... Bila tiba masa nak balik kampung, masukkan dalam kotak dan boleh dibawa sebagi checked luggage atau hand luggage...

Resepi Jus Kedondong Asam Boi

Kat belakang rumah sewa kami ada pohon kedondong. buahnya lebat sangat. Dah bagi kat kawan2 pun ade lagi buahnya. Jeruk kedondong kami dah cuba, rojak kedondong pun dah cuba, makan mentah pun dah. Sekarang kami cuba buat jus pulak, kami campur dengan asam boi... ala2 jus jambu asam boi.


Bahan2
8 biji buah kedondong (dikupas kulit dan dipotong kecil)
1 sudu makan serbuk asam boi
1 sudu makan gula
1 cawan air

Cara penyediaan
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga hancur... Boleh tuangkan terus bahan jus kedondong asam boi ke dalam gelas atau tapis untuk buang serat buah kedondong... Then, jus kedondong asam boi sedia untuk diminum... Lebih sedap kalau ditambah dengan ais kiub

Thursday, May 23, 2013

Resepi Sup Rumpai Laut dan Cendawan

Selalu makan sup ayam atau daging je. kali ni kami try sup rumpai laut atau seaweed pulak. Bukan sekadar seaweed. Macam2 ade...

sup rumpai laut dan cendawan

Bahan2 ( untuk 2 orang makan)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu minyak zaitun
5 keping rumpai laut jenama Tao Kae Noi (dipotong kecil)
3 keping crabstick (dipotong 2 dan dihiris memanjang)
3 biji cendawan shitake (direndam dan dihiris nipis)
1/2 plastik cendawan jarum (dipotong panjang)
1/2 bekas tauhu lembut
1 sudu teh tepung jagung ( dibancuh dengan air)
3 cawan air
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)
Garam secukup rasa

Cara penyediaan
Tumis bawang putih hingga perang....Masukkan air, biar mendidih.....masukkan crabstick, cendawan shitake, rumpai laut, cendawan jarum....masak 5 minit...then masukkan tauhu lembut dan perasakan dengan garam...akhir sekali masukkan tepung jagung...renehkan selama 5 minit.....tutup api dan masukkan lada hitam...sedia dihidang panas-panas...

**boleh dihias dengan hirisan daun bawang dan daun sup...

Wednesday, May 22, 2013

Hari Terbuka ATM 2013 @ Mini LIMA 2013 di TUDM Kuantan, Pahang

Memang kami dah lama teringin nak pergi ke Langkawi, jalan2 sambil tengok LIMA yang diadakan 2 tahun sekali tapi selalu tak sempat je.

Kebetulan masa kami balik kampung bulan April lepas, ATM ada buat Hari Terbuka ATM di kem2 ATM yang terpilih di seluruh negara. Hari terbuka tu tarikhnya pulak 6 April hingga 7 April 2013, tapi kami pergi masa hari pertama je. Tu pun sebab memang kem TUDM Kuantan terletak di laluan menghala ke Jengka. kami pun apa lagi, terus singgah rumah Long di Jaya Gading, ajak dia dengan anak2 pergi sekali.

Kami pergi ke hari terbuka tu dalam jam 9 pagi lebih, dah panas. Kami terpaksa parking kereta di luar kem sebab kenderaan yang tiada pelekat khas kem atau bukan warga ATM memang tak boleh masuk. Jauh lar jugak kami menapak, belum masuk ke kawasan kem dah beli air, panas dan haus.





 perangkap binatang liar

Ramai pengunjung yang dah ada lagipun masa kami sampai, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dah ada untuk acara perasmian, memang crowded. Macam2 kelengkapan ATM ada dipamerkan seperti jet2 pejuang Hawk, kereta kebal Adnan, kereta perisai Condor, senjata2 yang digunakan dan macam2 lagi. Suasana di kem TUDM Kuantan bolehlah dikatakan mini LIMA sebab banyak pameran dan pertunjukan diadakan oleh pihak ATM.

 Jet Pejuang Hawk


 Kereta Kebal Adnan

 Machine gun

 kelengkapan angota PASKAL

 contoh peluru yang digunakan



Kami jugak dapat tengok gimik perasmian oleh pihak ATM, dari aksi anggota tentera turun dari helikopter menggunakan tali kepada aksi letupan bom yang menggegar kawasan kem hinggalah kepada aksi anggota tentera tersebut bergayut pada tali yang tergantung dari helikopter. Memang best.



salah seorang anggota PASKAU yang buat demo

Selain itu ada jugak acara payung terjun dan persembahan akrobatik udara oleh anggota TUDM. Pasukan payung terjun masing bawa bendera Malaysia dan bendera negeri2 di Malaysia. 

Bangga jugak rasa sebab sekarang Malaysia dah ada dua pasukan akrobatik udara bertaraf antarabangsa iaitu Smokey Bandits dan juga Krisakti. Memang excited dapat tengok diorang buat aksi2 yang menarik dan mendebarkan. Memang terasa seperti berada di LIMA. Kepada yang berminat nak tahu lebih mengenai Smokey Bandits dan Krisakti bolehlah google pasal mereka...

Harap2 lepas ni dapat jejak kaki di LIMA pulak. In Shaa Allah LIMA 2015 nanti...

Thursday, May 16, 2013

Resepi Avocado Smoothie

Waahhhhhh..... Sedapnye avocado smoothie masa cuaca panas2 ni... Menyegarkan dan menyihatkan. Avocado smoothie ni senang saja nak sediakan, janji ada main ingredient which is avocado.

Resepi Avocado Smoothie.







Bahan2
2 biji buah avocado masak
3 scoop aiskrim vanila
Ais kiub
1 cawan susu cair atau susu kotak

Cara2 penyediaan
1. Kupas buah avocado atau keluarkan isinya dan masukkan ke dalam masin pengisar.
2. Tambahkan aiskrim vanila, susu dan ais kiub ke dalam mesin pengisar dan kisar.
3. Tuangkan smoothie ke dalam gelas dan sedia diminum.

Senang kan... resepi yang simple dan sedap... kalau nak ada banyak perisa lagi, boleh gantikan aiskrim vanila dengan aiskrim strawberi atau coklat...

Buah Avocado Tempatan


Kat Kuching ni agak senang nak cari avocado sebab bekalan avocado banyak datang dari Indonesia. Murah pulak tu harganya, yang bersaiz kecil berharga RM8.00 sekilo manakala yang bersaiz besar berharga RM10.00 sekilo. Kami selalu beli yang kecil saja sebab ambil yang comel2 je. Kalau avocado yang dijual di Semenanjung Malaysia pula banyak yang diimport dari USA atau Australia, mahal pulak harganya, RM4.00 atau RM5.00 sebiji.


Petua untuk cari avocado yang bagus kita kena tengok kulitnya, kalau licin Inshaa Allah bagus isinya, tak buruk. Kami selalu beli yang belum masak, yang berwarna hijau manakala yang dah masak warna coklat atau hitam. Kami beli yang belum masak sebab boleh tahan lama. Nak peram buah avocado ni senang saja, just letak dalam beras sampai dia masak. Avocado yang dijual di sini ada dua jenis, satu yang bulat, satu lagi yang bentuk macam buah pear. Bentuk yang macam buah pear ni yang sedap.



Ada caranya untuk keluarkan isi avocado. Mula2 belah buah avocado di bahagian tengah. Lepas tu keluar bijinya. Then, guna sudu untuk korek isinya atau kupas saja kulitnya guna tangan. Isi buah avocado ni boleh dibuat macam2. Antaranya dibuat jus, smoothie, salad, cocktail buah-buahan atau dimakan terus dengan susu atau madu. Sedaapppp....