Pages

Wednesday, July 31, 2013

Resepi Ayam Panggang Madu


Sebelum ni kami beli atau makan kat kedai je kalu terasa nak makan ayam panggang atau ayam golek. Since kami dah ada oven yang best, kami try panggang sendiri... Guna resepi wife tersayang. Kami panggang 1/4 je ayam sebab kami berdua je...

ayam panggang madu

Bahan2 
Ayam
Kicap cair
Kicap manis
Minyak bijan
Sos tiram
Madu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Garam

Cara2
Rebus ayam bersama hirisan halia, bawang merah, bawang putih dan sedikit garam hingga separuh masak. Keluarkan ayam dan sejukkan. Air rebusan ayam boleh disimpan sebagai stok ayam, x perlu buang. Gaulkan ayam dengan kicap cair, kicap manis, minyak bijan, sos tiram, madu dan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar. Simpan ayam yang telah diperap di dalam peti sejuk selama setengah jam.
Bakar ayam di dalam oven pada suhu 250 celcius selama 15 minit... Then, ayam siap untuk dihidang... Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi ayam...

Thursday, July 25, 2013

my wife cooking... lamb chop

Ini sambungan entry terdahulu...

Lame dah tak makan lamb chop kat restoran... Minimum harga RM10 satu meal tapi tu sekeping je lamb chopnya. Tak cukup untuk kami berdua. So, last week kami beli lamb shoulder yang dah di'chop'2. Agak murah, RM12 dapat 4 keping lamb shoulder.

Since kami berdua je, so kami buat dua keping je, lamb chop with black paper sauce dengan brokoli dan salad... nasi putih ada jugak. Western + melayu... Hehehe...

So, ini ler resepi homemade lamb chop kami...

homemade lamb chop

full set 
Bahan - bahan

( untuk perap)
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk kari
2 sudu makan bawang merah + bawang putih kisar
1 sudu teh cili kering kisar / cili boh
3 sudu teh madu
2 sudu teh kicap manis
1 sudu teh black pepper
1 tangkai rosemary dicincang halus
Garam
Gula

(untuk sos)
1 sudu makan butter
3 sudu makan sos black paper Maggi
1/2 biji bawang merah dicincang halus
1/2 cawan air

Cara penyediaan

1. Campurkan semua bahan2 untuk perap. Tambah garam dan gula mengikut selera.
2. Lumurkan bahan perap pada kepingan lamb chop dan letakkan di dalam bekas bertutup. Simpan semalaman dalam peti sejuk.
3. Boleh bakar lamb shoulder yang dah diperap di atas dapur arang atau dapur gas tapi kena jaga. Takut hangus nanti. Boleh juga guna oven dan bakar pada suhu 230 celcius selama 40 minit. Tuang secawan air di dalam tray oven untuk mengelakkan lamb terlalu kering.
4. Balikkan lamb shoulder selepas 20 minit.
5. Sementara menunggu lamb masak, panaskan kuali untuk sediakan sos black paper.
6. Panaskan butter dan tumis bawang merah hingga naik bau.
7. Masukkan sos black paper dan kacau, tambah air jika terlalu pekat. Biarkan mendidih.
8. Tuangkan sos yang sudah masak ke atas lamb yang dah siap dibakar dan sedia dihidang.

p/s: tenderloin steak pulak lepas ni

my wife cooking.. lasagna and lamb chop

Semalam kami berbuka dengan western food, lasagna and lamb chop. Saje tukar selera dari melayu ke barat. Kalau tak menu berbuka kami nasi...mee..nasi..mee. Menu ni adalah percubaan pertama wife setelah puas menggoogle resepi di blog2 masakan dan resepi dari buku. Maka terhasillah, my wife cooking...jom tengok resepinya.

lasagna

Resepi Lasagna:
Bahan-bahannya:

kulit lasagna jenama sanremo-sebab ada logo halal jakim
daging kisar-direbus
bawang besar-didadu
bawang putih-hiris nipis (sebab malas nak cincang)
tomato-didadu
capsikum merah dan hijau-didadu
cendawan shitake-ini je yang ada-hiris nipis
sos cili, oergano, garam, dan lada hitam sebagai perasa

Cara membuatnya:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang, bila dah layu, masukkan daging cincang, masak hingga air rebusan daging kering, masukkan tomato, masak hingga lembik, masukkan kapsikum, kacau rata.
masukkan sos cili, serbuk oregano, lada hitam dan garam, masak hingga air kering.

sapu rata minyak dalam loyang, susun kepingan lasagna hingga tutup dasar loyang, letak inti dengan rata,
tuangkan sos putih, letak kepingan cheese dale, lepastu ulang step yang sama, saya buat 2 layer je, ikut banyak mana inti.

preheat heat oven 250 degree selama 10 minit, masak lasagna selama 30 minit pada suhu 150.

western set for breaking fast
Resepi yang lain, nanti akan di update pada entry lain. Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 24, 2013

puding laici nanas ciptaan isteri

Puding buat semalam untuk berbuka puasa. Guna kan bahan2 yang ada di dapur dan peti ais, maka inilah hasilnya. Rasa pun ok, juz nice and not to sweet. Here the recipe....

puding laici nenas

Bahan-bahanya:
1/2 tin laici + air laici
1 tin susu cair
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 biji buah nenas saiz S, buang kulit dan potong bulat.

Cara membuat:

Kisar kasar laici bersama 1 cawan air. Bancuh tepung kastard denagn 1 cawan air sampai sebati, masukan susu cair dan gula. Masak atas dapur dengan api perlahan. Bila gula dah hancur, masukkan kisaran laici. Masak sampai bancuhan pekat dan likat.

Masak 1 sudu gula dan 1 sudu air, bila gula hancur, masukkan nenas. Biar seketika hingga nanas masak.
Susun nenas dalam acuan puding. Isi air lebihan nenas. Tuangkan campuran kastad. Sejukkan seketika, kemudian masukkan dalam peti. Telangkupkan puding atas pinggan bulat sebelum dihidang.

p/s: sukatan gula boleh disesuaikan ikut rasa sendiri.



Monday, July 15, 2013

Resepi Sushi Sedap

Huhuhu... lame dah rasenye tak makan sushi. Nak makan kat kedai mahal, sedap belum tentu. So, kami tanya2 lah pakcik google resepi untuk buat sushi. Jumpa banyak blog bagitau cara nak buat sushi dan main ingredient mestilah beras sushi yang diimport dari jepun dan seaweed. 

Sushi fillings boleh ikut suka je. Beras sushi biasanya jenama Sumo dan seaweed jenama Yaki Sushi Nori. Dua2 bahan ni boleh cari di Pasaraya Jusco atau Aeon, kat Sogo pun ade. Kalau ada jumpa cuka sushi yang halal boleh beli atau buat sendiri. Di Jusco ada set buat sushi, beli yang tu lagi senang.

So, kami nak share cara buat sushi, aku tolong sket2 je. Bab2 menggulung wife tersayang yang buat. Hehehe

maki sushi


Bahan2 (untuk 3 gulungan sushi)
1 cup beras jepun Sumo







3 keping seaweed Yaki Sushi Nori












1 batang timun muda (dipotong memanjang)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)










4 keping crabmeat (dicelur dan dipotong memanjang)










2 biji telur
1/2 tin tuna flakes
2 sudu mayonis
6 keping cendawan shitake
kicap cair
sos tiram
cuka, garam dan gula sebagai perasa
bamboo mat
ais

cara membuatnya:
A)nasi sushi
1-beras dicuci masak seperti biasa dengan sukatan 1 cawan beras, 3 cawan air
2-bila nasi dah masak, gaulkan dengan bancuhan 1 1/2 sudubesar cuka+1 sudubesar gula+1 sudu teh garam.










B) filing sushi
1-gaul tuna flakes dan mayonis sebati, ketepikan.










2-pukul telur bersama 2 sudu teh gula, 1/2 sudu teh garam, goreng dadar, potong memanjang, ketepikan.










3-cendawan dihiris nipis, saute dengan kicap cair, sos tiram, air. Masak hingga cendawan menyerap semua sos.

C) cara menggulung
1- letak seaweed atas bamboo mat , bahagian kilat dibawah.
2- letak nasi, dan ratakan pada separuh @ 3/4 seaweed (celup jari dalam ais untuk elak nasi melekat pada jari)
3-letak filing sesuka hati (terpulang pada kombinasi sendiri)
4-gulungkan kemas-kemas.
5-potong dengan pisau basah
6-sedia di hidang





Monday, July 8, 2013

Vacuum Cleaner Jenama Electrolux + Electric Oven Jenama Cornell

Semalam kami pergi survey vacuum cleaner dan electric oven kat pekan Batu Kawa, Kuching... Lama dah nak beli, semalam baru dapat pergi. Ada banyak kedai barangan elektrik di pekan Batu Kawa tapi banyak jugak yang tutup sebab kami pergi time weekend.

Kami survey di 3 kedai je, x larat nak pegi banyak2. Kedai first sangat besar size dia, kami berkenan electric oven jenama cornell tapi vacuum cleaner tak ada yang bagus dan murah. Kapasiti 30 liter.

Di kedai kedua, ada vacuum cleaner yang bagus tapi oven tak banyak choice. Then salesman dia pemalas, kami nak tengok hos vacuum tapi macam2 alasan dia, hos dalam kotak lar, hos dalam stor lar. Last2 kami keluar je.

Lastly kami ke kedai ketiga, jumpa vacuum yang bagus dan murah dan cantik juga. Vacuum cleaner jenama Electrolux warna magenta.1600w powernya.



Then, lepas kami berbincang kami decide untuk beli vacuum cleaner di kedai ketiga dan electric oven di kedai pertama, kedai kedua kami tak masuk dah. Lepas tawar menawar kami dapat beli vacuum cleaner electrolux dengan harga RM170.00 dari harga asal RM239.00. Berbaloi2, salesman pun friendly. Electric oven kami beli pada harga RM179.00, pada harga sale dah. Tak ada less lagi..
.

So, total kami spent RM349.00... Still under bajet kami iaitu RM400.00 untuk 2 item...

Pasni boleh masak2 lagi... hehehe