Pages

Thursday, May 29, 2014

Poring Hot Spring

2nd day kat Kundasang kami plan pergi Poring Hot Spring... Sabah Tea Garden... dan juga ladang lembu tenusu Desa Dairy Farm...

Semua direction kami tanya kakak yang jaga Walai Tokou... dia sangat friendly dan membantu...

Kami breakfast dengan bekalan yang kami bawak... roti dengan tuna dan bubur nasi knorrr... plus milo 3 in 1...

Kami mulakan adventure kami dengan drive ke Poring Hot Spring... Lebih kurang 30 minit je dari Walai Tokou... tak perlu risau... Sebab ada signboard. Just towards Ranau je... Siapa2 yanga ada gps ke google map ke... lagi senang... confirm dapat cari...

Admission fee RM3.00 untuk Malaysian adult... dan RM1.00 untuk Malaysian below 18 years old... Foreigners berbeza... Plus kena bayar RM5.00 untuk satu kamera dan RM30.00 untuk satu kamera video.

Maklumat lebih lanjut boleh pergi ke official websitenya ... http://www.sabahtourism.com/destination/poring-hot-spring-phs
Map dalam kawasan hot spring


kawasan tempat mandi manda

kolam untuk rendam kaki sahaja

rendam kaki dulu

ini gated area... tak boleh masuk
Banyak aktiviti boleh kita buat kat Poring Hot Spring ni, selain mandi manda, rendam kaki... kita boleh juga cuba berjalan di titian tergantung atau canopy walk... butterfly farm ada... tropical garden ada... orchid center ada... air terjun pun ada... Air terjun Kipungit dan Air Terjun Langanan...

penunjuk arah 

laluan naik ke canopy walk


canopy walk



laluan turun canopy walk




Boleh tahan penat kami naik canopy walk ni... penat daki bukit untuk naik... Dalam kawasan hot spring ni ada tempat jual makanan... So, kami beli lar sikit makanan... harga berpatutan...

Lepas ni kami ke Sabah Tea Garden... nak tau jugak macam mana ladangnya... Cantik macam kat Cameron Highlands ke???? We'll see.... Hehehe...

Tuesday, May 27, 2014

KK - Kundasang

Hari kedua selepas lunch baru kami bertolak dari KK ke Kundasang. lambat dapat kereta sewa... Masa Lunch kami makan nasi campur sama menu istimewa kat sini... rumpai laut yang mantap... latok namanya... cicah ngan air asam.... yum yum...

latok + air asam
Kami bertolak agak lewat, around pukul 2 lebih... Actually kalau nak ke Kundasang, kena bergerak awal pagi dari KK. Sampai je KK nanti terus jalan, tak perlu stay kat Kundasang pun sebenarnya.

Sebab kami bertolak lewat, dengan hujan lebat lagi... Jalan agak bahaya sikit sebab berkabus... kena hati - hati. Jalan ke Kundasang tak banyak selekoh macam jalan ke Cameron Highlands tapi berkabus. Kabus tu yang bahaya. That's why tak digalakkan naik ke Kundasang selepas jam 5 petang.

Kenapa ke Kundasang?

Antaranya... ada Gunung Kinabalu... ada Kinabalu Park... ada ladang lembu tenusu Desa Dairy Farm... jauh sikit... ada Air Panas Poring... ada Tagal ( tempat sanctuary kelah)... ada ladang Teh Sabah... dan macam - macam lagi...

Kami sampai di Kundasang dah pukul 5 lebih, hujan pun lebat. Kami malas dah nak cari homestay murah. kami pergi ke Walai Tokou je... harga agak berpatutan... dan ada kedai makan halal di pintu masuk ke Walai Tokou Homestay tu... Kami pilih bilik RM90 semalam, kami stay 2 malam... RM180...

Lepas check in... kami lepak -  lepak dalam bilik yang sejuk... Pemandangan kat luar pun cantik... nampak Gunung Kinabalu... Lepas dinner, kami rest dan tidur awal sebab esoknya banyak lagi tempat kami nak teroka...

Walai Tokou Homestay

View Gunung Kinabalu dari bilik kami



Thursday, May 22, 2014

Kota Kinabalu

dah sampai KK



Actually tahun lepas kami pergi jalan - jalan di Kota Kinabalu. Ala2 backpacking. Tiket pergi balik Kuching-Kota Kinabalu cuma RM380 untuk 2 orang , tapi naik MASwings and transit kat Bintulu.

Flight MASwings KCH-BKI

Kami bertolak dari Kuching 25/12/13 jam 2.00 petang. Then around pukul 3.00 petang, stop kat Bintulu Airport untuk transit dan cop imigresen. Lebih kurang pukul 4.45 petang kami sampai di Kota Kinabalu International Airport.

Kami tak booking apa2 pun, dari hotel, hinggalah ke pengangkutan. Semuanya kami cari semasa tiba di KK. Dari airport KK, kami naik teksi ke Kampung Air, around RM30. Kenapa ke Kampung Air? Sebab Kampung Air ni tempat tumpuan ramai, ada hotel, hotel budget, motel, guesthouse... pilih je. Harga range dari RM50 hinggalah ke RM200++.

Nak pergi Pasar Filipin pun senang, jalan kaki je. tak sampai 10 minit dah sampai. Restoran halal pun senang nak cari...

Waktu kami tiba cuaca tak berapa baik. Hujan je. So, kami terus cari hotel budget, Dapat lar De Galleria Hotel, RM 90 satu malam sebab malas dah nak cari. lepas rehat kejap, kami terus jalan ke Pasar Filipin, makan le... kami makan ikan bakar... Tapi hati-hati, tanya dulu semua harga makanan, jangan main order je... kita tak tahu yang mana mahal... maybe ikan murah tapi sotong, ketam, udang semuanya harga mahal...

Lepas makan kami jalan - jalan sekitar situ... survey mutiara. Biasalah, datang KK mesti cari mutiara. 

Kami contact banyak tauke kereta sewa tapi banyak yang dah tak available. Sebab kami nak cari viva je. Viva atau kancil dah cukup untuk naik Kundasang. Apakan daya, saya call lambat, dapat myvi auto je... harga RM120 untuk satu hari. Kami sewa 2 hari untuk ke Kundasang... Hari kedua baru pergi Kundasang... 1st day.... time to kroh kroh je lar...

Salam kembali

wah wah wah...

Lamanya aku tak update blog ni. Tiap 2 hari bukak tapi tak sempat update. Actually ada banyak bahan just malas nak update...

Insha Allah lepas ni akan sentiasa update. At least sekali semiggu...