Pagi2 sejuk ni memang perut cepat terasa lapar. Kami bersiap dan terus keluar untuk cari sarapan pagi. Actually, kedai makan tak jauh pun, tak sampai 2 minit jalan dari hotel, kami dah sampai di restoran yang agak ramai pengunjung. Restoran Naimah, Restoran 1 Malaysia. Restoran ni mula beroperasi seawal jam 7.30 pagi. Banyak menu pagi ade, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, nasi lemak, roti canai, kuih-muih pun banyak jugak.
Kami ambik serba sedikit bihun goreng, kuey teow goreng, nasi goreng, telur mata kerbau, 2 ketul kuih dan air limau panas. Kami bayar RM5.30 je, sangat berpatutan bila fikir kami berada di kawasan peranginan yang jadi tumpuan ramai dan semua makanan tu sedap. Sangat2 berbaloi.
Restoran Naimah
Manu sarapan pagi
Dekat dengan restoran ni ade pasar pagi. Ade orang jual makanan, sayur-sayuran, buah-buahan. Semuanya segar2. Ikan dan ayam pun ade. Kalau sesiape yang menginap di apartment yang ade dapur, memang boleh sangat untuk masak. Lagi jimat kos makan. Maybe next time kami datang lagi, kami akan menginap di mane2 apartment pulak. Save sikit duit makan. Rasenye homestay pun ade sekitar Brinchang tu.
Selepas kami beli sikit buah manga dan salad, kami terus kembali ke hotel. Nak bersiap untuk mulakan pengembaraan di Cameron Highlands... Hehehe.... Kami sangat2 excited...
Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami mulakan perjalanan kami. Kami menuju ke Kea Farm, bukan sebuah ladang atau kebun tapi nama kawasan yang banyak tempat menarik seperti ladang strawberi, taman rama2, taman lebah, taman cactus, ladang ros, tempat jualan hasil2 tanaman, dan banyak lagi lar. Kea Farm ni adalah laluan ke Tapah, Perak.
Untuk masuk ke galeria ni ade tiket masuk. RM5/person. Sangat berbaloi dengan pengalaman yang menarik dan info yang tersedia. Sebelah galeria ni ade cafe dan kedai menjual sayur dan buah termasuklah buah strawberi. Sebabnya, dalam kedai tu ade intu masuk ke Kok Lim Strawberry Park. Ni ade sikit gambar dari galeria tu.
Pintu masuk Galeria Time Tunnel
kerusi gunting rambut
beca
motosikal lama keluaran ENFIELD
koleksi tabung lama
gambar2 lama
tv tahun 70an
sejarah Bharat Tea Plantations
alat penimbang
pam air
suis lama
dulang air botol
air botol
gambar2 mantan PM
koleksi telepon
poster filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
dulu DARKIE, skarang DARLIE
pekerja galeria yang friendly
koleksi penimbang
background kebun strawberi
Ni baru 1st stop, banyak lagi lokasi menarik yang harus dikunjungi. Tak boleh membazir masa, so kami teruskan lagi perjalanan menghala ke Kea Farm...
telur mata lembu????ermmmm...bihun goreng dua kali taip...
ReplyDeletehahaha... mata lembu ke mata kerbau... konpius ni
ReplyDeletemata kerbau la...hahhaah..abang ni, buat lawak plak...
ReplyDelete