Pages

Sunday, February 10, 2013

Kubah National Park



Aktiviti kami yang pertama pada kali ini adalah ke Kubah National Park. Salah satu taman negara yang diuruskan oleh Sarawak Forestry Corporation.

Kubah National Park atau Taman Negara Kubah terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching, Sarawak, 40 minit sahaja kalau memandu kereta. Para pelancong boleh menyewa kereta atau menggunakan khidmat teksi dari Bandaraya Kuching. Juga boleh menaiki bas Matang Bus no. 11 atau bas City Public Link K21 dari pusat Bandaraya Kuching. Taman negara ni 500 meter sahaja dari Politeknik Kuching Sarawak, jalan kaki pun boleh dari polteknik dan ramai pelajar yang berjalan kaki sahaja ke sana apabila cuti umum atau hujung minggu.

Macam2 aktiviti boleh buat di Taman Negara Kubah ni, boleh mendaki ke Air Terjun Gunung Serapi atau melaui laluan2 mendaki seperti ke Puncak Gunung Serapi. Boleh berjalan atau berbasikal sebab disediakan laluan berturap hingga ke puncak gunung. Ada juga campsite untuk mereka yang suka berkhemah.Untuk ke Air Terjun Gunung Serapi, tempoh mendaki lebih kurang sejam untuk pergi sahaja. So, dua jamlah untuk pergi dan balik. Manakala 3 jam setengah untuk ke Puncak Gunung Serapi, pergi sahaja dan 7 jam pergi dan balik.

Setiap pengunjung perlu mendaftar di pondok pengawal dan perlu membayar RM10 seorang untuk yuran masuk. Kalau tak bayar, berlegar di sekitar pintu masuk sajalah. Hehehe...Pejabat pengurusan Taman Negara Kubah berada di kawasan pintu masuk, tandas awam pun ada tersedia. 





laluan berturap hingga ke Puncak Gunung Serapi



air yang mengalir dari gunung

antara campsite yang ada

info mengenai jarak dan tempoh setiap pendakian



Selepas ke Kubah National Park, kami ke Matang Family Park... mandi!!!....

1 comment: