Last week aku ngan wife balik ke Malaya. Hehehe balik kampung. kami cuti seminggu je, mula2 balik Jengka 11, balik kampung jumpa family dan sebab adik ipar aku, Ija bertunang. Meriah suasana bertunang kat Jengka 11 mahupun jengka2 lain, macam kenduri dah. Penat tapi seronok.
Then, kami balik Kuantan, bermalam di rumah kesayangan. Lepas itu balik Terengganu, jumpa family aku. Dari Terengganu, kami straight ke Kuantan balik. Duduk kat rumah, macam2 aktiviti kami buat, kemas rumah, berkebun, shopping dan jalan2.
Although kebun kami tak besar sangat (belakang rumah je), banyak jugak kami tanam, ada ubi kayu, serai, pisang, kedondong, longan, nangka, terung dan macam2 lagi. Serai paling membuahkan hasil, dah banyak kali tuai dah. Hehehe. Kedondong dah berbuah, longan pun sama. Seronok tengok tanaman dah keluarkan hasil. Berbudi pada tanah pasti akan berbaloi.
Longan yang dah membuahkan hasil
Sekitar Kuantan memang banyak tempat2 menarik, kali ni kami plan nak pergi mandi air terjun kat Air Terjun Panching dan jalan2 sekitar Sunagi Lembing. tapi sebab ramai yang nasuhat kat Air Terjun Panching tak selamat lagi sekarang ni sebab baru lepas musim hujan, takut kepala air datang.
Therefore, Sungai Lembing jadi 1st priority.
Next entry aku akan cerita aktiviti2 yang ada di Sungai Lembing...
No comments:
Post a Comment