Pages

Tuesday, February 12, 2013

Jong's Crocodile Farm


Selain dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang atau The land of Hornbill, Sarawak juga famous dengan cerita2 buaya yang menarik dan selalunya menggerunkan. Banyak cerita mengenai buaya atau lebih biasa dipanggil bujang dan seperti menjadi satu kemestian, sesiapa yang berkunjung ke Sarawak pasti akan tertarik untuk melihat sendiri buaya2 tersebut.

Sekarang, pengunjung tak perlu ke sungai atau paya untuk melihat dengan mata kepala sendiri, hanya sekadar perlu berkunjung ke taman2 buaya yang banyak dibuka untuk kunjungan. Antara yang paling popular adalah Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong.

Taman ini dibuka sejak tahun 1963 yang bermula dari hobi dan niat untuk menjaga anak2 buaya, akhirnya kini taman ini dihuni oleh ribuan buaya. Ada yang dibeli, ada juga yang ditangkap, dan yang paling dibanggakan oleh pemilik adalah ada buaya yang lahir di taman ini hasil penyelidikan dan usaha anak pemilik taman ini sendiri.

Jong's Crocodile Farm terletak 28 km dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan menaiki kereta. taman ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 am hingga 5.00 pm. Bagi bukan rakyat Sarawak, bayaran masuk adalah RM16 seorang dewasa dan RM8 seorang kanak2. Bagi orang Sarawak, RM10 ubtuk seorang dewasa dan RM5 untuk kanak2.

Selain buaya, terdapat juga haiwan2 liar lain seperti rusa, landak, monyet, burung2 dan banyak lagi.

Apa yang menarik di sini adalah ketika proses memberi makan buaya atau crocodile feeding. Para pengunjung boleh melihat bagaimana buaya dengan lahapnya meragut makanan yang diberi. Ada juga yang melompat tinggi di udara. Waktu cocodile feeding adalah setiap hari pada jam 11.00 am dan 3.00 pm. Kami tidak sempat menonton proses cocodile feeding kerana kami tiba pada jam 3.20 petang. Kami hanya sempat menonton proses memberi makan ikan arapaima gigas yang bermula jam 3.30 pm.

Selain cocodile feeding, proses memberi makan Arapaima Gigas juga boleh ditonton pada jam 11.30 am dan 3.30 pm. Terdapat juga kedai cenderamata yang menjual barang hasil dari buaya termasuklah tali pinggang kulit buaya, beg kulit buaya dan juga daging buaya.

arapaima gigas feeding









No comments:

Post a Comment