Pages

Thursday, February 7, 2013

El - Dorado Timur - Terowong Sungai Lembing






Terowong Sungai Lembing is the Longest and Deepest Tunnel in The World.

Itu yang dicanang oleh syarikat pengurusan Terowong Sungai Lembing dan akhbar2 tempatan. Well, it's true. Bangga aku jadi orang Kuantan. Hehehe. Syarikat pengurusan ni tak lain tak bukan syarikat yang sama menguruskan Bukit Gambang Resort City.

Jalan masuk ke terowong ni betul2 bersebelahan pintu pagar Muzium Sungai Lembing. Kalau sampai ke Muzium Sungai Lembing, confirm akan dapat cari jalan ke Terowong Sungai lembing. Jalan dah diturap baru, selesa untuk pengunjung. Jalan masuk dan jalan keluar berbeza, jangan salah laluan, nanti sesak.

Dulu terowong ni tak dibenarkan masuk sebab bahaya tapi ramai juga yang masuk secara haram- tresspassing. Sangat berisiko sebab banyak binatang liar dan tinggalan barang2 lombong seperti kayu dan batu. Terowong yang ditinggalkan tanpa pengurusan atau penjagaan.

Sekarang, Terowong Sungai Lembing dah dibuka kepada orang ramai. Tapi tak sepenuhnya, lebih kurang 600 meter sahaja. Pengunjung akan dapat rasa naik tram untuk masuk ke terowong sejauh 60 meter sahaja. Lagi 500 meter lebih kena jalan kaki. Setiap kumpulan pengunjung akan ditemani seorang guide atau pemandu pelancong.

Walaupun 600 meter sahaja panjang terowong yang dibuka untuk lawatan, tapi sangat berbaloi sebab sangat menarik dan lain dari yang lain. Beberapa ratus meter pertama, kita akan rasa sejuk sebab ada lubang angin. Makin jauh kita masuk, akan jadi makin panas. Patutlah kalau kita tengok gambar pelombong dulu2, mereka pakai seluar pendek saja semasa melombong. Panas!!!

Terowong Sungai Lembing mula dibuka semula untuk kunjungan pada Januari 2013 yang lalu.

Tiket masuk bagi warga Malaysia ialah RM30/dewasa dan RM15/kanak2. penjual tiket akan minta kad pengenalan atau pasport untuk pengesahan warganegara. Tak boleh tipu. hehehe.

Bagi pengunjung luar negara, RM60/dewasa dan RM30/kanak2. Sekarang ada promosi 50% diskaun, so cepat2 lah ke Terowong Sungai Lembing. Kami suggest pergi waktu weekdays sebab tak ramai pengunjung. Kalau hujung minggu, berhimpitlah jawabnya. 

Waktu operasi adalah pada Isnin-Khamis dari 10.00 am hingga 8.00 pm, hari Jumaat-Ahad dari 10.00 am hingga 10.00 pm.

Boleh juga beli tiket secara online di Terowong Sungai Lembing official website di http://sungailembingmines.com.my/

 tram masuk di pintu 2

 bergambar dalam tram




Antara terowong asal, sangat dalam


pintu keluar


p/s: ada lokomotif di pintu keluar, boleh cuba gerakkan lokomotif tu sampai hujung laluan...

No comments:

Post a Comment