Pages

Tuesday, February 5, 2013

El - Dorado Timur - Muzium Sungai Lembing


Muzium Sungai Lembing

Jarak Sungai Lembing dari bandar Kuantan lebih kurang 40km, tak jauh sangat pun . Around 30 minit drive kereta tapi sekarang boleh naik Rapid Kuantan dari Terminal Makmur, Kuantan. Tambang aku tak pasti berapa. Sekarang Rapid Kuantan buat promosi tambang free hingga 30 April 2013. Aku suggest drive sendiri atau pakat2 sewa teksi, cepat sampai. Kalau naik bas lambat sampai sebab banyak berhenti.

31/1/13, tarikh aku sekeluarga pergi makan angin di Sungai Lembing. Tak Jauh sangat dari rumah kami di KotaSAS tapi sebab macam2 benda timbul, baru sekarang dapat pergi ke Sungai Lembing yang pernah jadi salah satu pusat perlombongan bijih timah utama yang rancak seabad yang lalu sehingga digelar El-Dorado Timur.

Free admission, hanya perlu register nama kat pondok pengawal Muzium Sungai Lembing dan parking adalah di luar pintu masuk. Tak boleh parking dalam kawasan muzium. Dekat je tempat parking dengan muzium tapi kena naik bukit. Boleh tahan jugak lar mengahnya.

Muzium ni dulu asalnya rumah pegawai Inggeris yang bekerja kat lombong bijih timah. Rumah kayu dua tingkat ni sekarang penuh dengan khazanah2 dari aktiviti perlombongan macam peralatan melombong, jenis2 galian dan gambar2 berkaitan perlombongan bijih timah.

Sesiapa yang datang ke Sungai Lembing, memang patut singgah di Muzium Sungai Lembing sebab muzium ni menarik walaupun kecil dan banyak maklumat yang boleh didapati. Muzium ni dibuka setiap hari dari jam 9.00 am hingga 6.00 pm



pintu masuk muzium










Antara jenis2 mineral 

Bilik tidur













Selain Muzium Sungai Lembing, ada banyak lagi tempat menarik di Sungai Lembing ni, antaranya Terowong Sungai Lembing yang dikatakan terdalam dan terpanjang di dunia, Gua Charas, Bukit Panorama, Ladang Ternakan Rusa, dan banyak lagi...

p/s: ada jambatan kayu merentasi sungai, menarik dan a bit scary...


No comments:

Post a Comment