Pages

Sunday, February 10, 2013

Penginapan murah di Kuching - Serapi Lodge PKS


Happy Chinese New Year kepada semua.

Tahun Baru Cina... means...CUTI!!!. Yeay! Cuti dari Sabtu 09/12/13 hingga 12/02/13. 4 hari cuti, banyak plan kami di Kuching. 

First, stay at CISEC Politeknik Kuching Sarawak (PKS) atau Serapi Lodge PKS. Bilik penginapan CISEC di PKS ni lebih murah berbanding kebanyakan hotel2 bajet di Kuching. Cuma RM30 semalam bagi penjawat awam dan perlu tunjukkan kad kerja sebagai bukti. Manakala bagi pengunjung yang bukan penjawat awam, bayaran sebanyak RM60 semalam dikenakan. Murah, selesa dan berbaloi.

Ramai yang tak tahu, kebanyakan politeknik ada menyediakan hotel atau guest house untuk staf politeknik dan orang luar yang inginkan bilik penginapan. Boleh hubungi mana2 politeknik dan bertanyakan bilik penginapan CISEC, InsyaAllah ada. Kalau nasib baik, dapat bilik VIP yang lebih besar dan luas pada harga yang sama atau mahal sedikit shaja.

king size bed di VIP suite

 antara kelengkapan yang ada


 bilik mandi+toilet yang luas


Well, sekitar Politeknik Kuching Sarawak, ada macam2 aktiviti kita boleh lakukan. Antaranya melawat Kubah National Park yang menyediakan banyak aktiviti jungle-trekking dan trail-trekking. Ada juga Matang Family Park yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah dan bermain air sungai yang mengalir dari air terjun Gunung Serapi. Bagi yang meminati haiwan liar, boleh berkunjung ke Matang Wildlife Center. Boleh juga ke Kampung Nelayan Telaga Air untuk menikmati hidangan laut yang murah dan menyusuri sungai dengan menaiki bot.


3 comments:

  1. Camne nak contact tempat ni?

    ReplyDelete
  2. Ader contact number x

    ReplyDelete
  3. try pergi wbesite politeknik kuching... http://www.poliku.edu.my/v3/

    ReplyDelete