Pages

Saturday, September 22, 2012

Resepi Siput Kuyung Masak Lemak Cili Api

Kuyung adalah sejenis siput air masin yang serupa dengan siput sedut atau belitung. Bezanya kuyung ini tak berlendir dan bersaiz lebih besar. Harga kuyung hidup lebih kurang RM5/kilogram. Ada banyak jenis kuyung antaranya kuyung puting dan kuyung madu.

Cara memakan kuyung adalah seperti memakan siput sedut, iaitu dengan cara menyedut isinya dari cengkerang siputnya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk memasak kuyung  antaranya masak lemak cili api, goreng berlada ataupun masak kicap.

Di sini aku share cara2 memasak kuyung dengan cara masak lemak cili api.



Bahan2
1 kilo Siput kuyung
200 ml santan
2 batang serai (diketuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk atau dikisar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk atau dikisar)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk atau dikisar)
2 keping asam keping
10 biji cili api (ditumbuk atau dikisar)
1 helai daun kunyit
Garam  dan gula secukup rasa

Cara Memasak
1. Bersihkan siput kuyung, potong hujung siput (lebih kurang separuh dari saiz siput) untuk buang kotoran.

2. Masak santan, bawang merah, bawang putih, kunyit, cili api, serai sehingga mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.

3. Masukkan siput kuyung, kacau seketika.

4. Masukkan asam keping dan daun kunyit.

5. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Sedap dimakan dengan nasi putih.

p/s: kuyung ini banyak di Sarawak, di tempat lain susah nak cari...

No comments:

Post a Comment