Lepas penat jalan2 sekitar Sabah Tea Plantation, kami pulang ke homestay dulu... Lunch ngan sandwich je...
Then, kami terus ke destinasi seterusnya... Desa Dairy Farm... Ladang lembu tenusu... This place we highly recommend... Sebab sangat cantik dia punya scenery, macam kat oversea... dan seronok tengok cara susu lembu diperah... Ada banyak produk yang dairy based macam fresh milk, aiskrim, wafer... and so on...
Desa Dairy farm agak dekat dengan pekan Kundasang, tapi jalannya berbukit dan agak tinggi jugaklah bukitnya... Viva dan kancil, Insha Allah lepas tapi slow kot... Tak susah nak cari dairy farm ni... Signboard ada... Tanya penduduk sekitar pun boleh... GPS lagi lar boleh...
|
pintu masuk ke kawasan tinjau proses perah susu lembu |
|
proses perah susu lembu |
|
background yang cantik |
Di Desa Dairy Farm ni juga ada aktiviti beri makan kambing dan anak lembu... kambing kita boleh bagi rumput atau sayur... of course kena bayar untuk harga makanan tu... Kita juga boleh beli susu untuk susukan anak lembu... Time kami pergi situ, ramai sangat orang... so kami tengok je lar...
|
ke tempat anak lembu |
|
anak lembu yang menunggu untuk disusukan |
|
batu tanda yang famous... a must selfie place... hehehe |
Kami sempat beli satu kotak susu segar... memang fresh dan sangat sedap... berbaloi2 beli... So, my suggestion, Desa Dairy Farm ni salah satu tempat wajib pergi kalau ke Kundasang. Boleh tengok lembu, bagi makan kambing, susukan anak lembu, dan pemandangan yang sangat cantik... Macam kat New Zealand... although tak pernak jejak kaki kat sana.... hehehe
No comments:
Post a Comment