Pages

Saturday, September 29, 2012

Resepi Jeruk Mangga Sedap

Jeruk mangga is my favorite. Kalau beli mahal dan selalunya tak sedap sebab ada yang terlalu masam, ada juga yang terlalu manis. Tak kurang juga yang hilang terus rasa mangganya. 

So, buat sendirilah jeruk mangga, ikut selera masing2. Dan tentulah mangga muda yang jadi pilihan. Thus, hari ini aku share resipi jeruk mangga yang sedap.

Bahan2
Mangga
Air gula
Garam

Cara2 
1. Bersihkan mangga, dan potong kecil2, boleh kupas dulu kalau nak.




2. Rendam mangga yang telah dipotong di dalam air garam. Biarkan semalaman.

3. Keluarkan air garam, cuci potongan mangga dengan air paip.

4. Letakkan potongan mangga ke dalam bekas seperti balang kuih dan isikan air gula melebihi paras potongan mangga.

5. Simpan bekas berisi potongan mangga dan air gula ke dalam peti ais. Selepas 3-4 hari, jeruk sedia untuk dimakan.

p/s: simpan bekas jeruk dalam peti ais, confirm terangkat makan jeruk yang masam2 dan sejuk...

Saturday, September 22, 2012

Resepi Siput Kuyung Masak Lemak Cili Api

Kuyung adalah sejenis siput air masin yang serupa dengan siput sedut atau belitung. Bezanya kuyung ini tak berlendir dan bersaiz lebih besar. Harga kuyung hidup lebih kurang RM5/kilogram. Ada banyak jenis kuyung antaranya kuyung puting dan kuyung madu.

Cara memakan kuyung adalah seperti memakan siput sedut, iaitu dengan cara menyedut isinya dari cengkerang siputnya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk memasak kuyung  antaranya masak lemak cili api, goreng berlada ataupun masak kicap.

Di sini aku share cara2 memasak kuyung dengan cara masak lemak cili api.



Bahan2
1 kilo Siput kuyung
200 ml santan
2 batang serai (diketuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk atau dikisar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk atau dikisar)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk atau dikisar)
2 keping asam keping
10 biji cili api (ditumbuk atau dikisar)
1 helai daun kunyit
Garam  dan gula secukup rasa

Cara Memasak
1. Bersihkan siput kuyung, potong hujung siput (lebih kurang separuh dari saiz siput) untuk buang kotoran.

2. Masak santan, bawang merah, bawang putih, kunyit, cili api, serai sehingga mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.

3. Masukkan siput kuyung, kacau seketika.

4. Masukkan asam keping dan daun kunyit.

5. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Sedap dimakan dengan nasi putih.

p/s: kuyung ini banyak di Sarawak, di tempat lain susah nak cari...

Sunday, September 16, 2012

Pasar Serikin


Shopping center near Sarawak and kalimantan border. Tempat ni lebih kurang Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang di Kelantan dan Bukit Kayu Hitam di Perlis.

Serikin ni sebenarnya kampung dalam daerah Bau tapi dekat dengan sempadan Malaysia-Indonesia. Barang2 yang dijual kat sini pun banyak dari Indonesia seperti Batik Jawa, Telekung, kain pasang, tikar evamatic dan macam2 lagi.

Serikin lebih kurang 53km dari Bandaraya Kuching dan kalau drive around 50 minutes. Kami bertolak dari Taman Malihah, dekat sikit, 49km and 45 minutes driving time. Nak pergi Serikin ni kena pergi awal pagi, around 8 pagi patut dah sampai sebab panas dan berdebu. Gerai pun tutup awal, pukul 1pm dah ada yang tutup.

Ni coordinate GPS untuk pergi Serikin, N01°19.656’ E110°0.211’







Saturday, September 15, 2012

Puasa Enam Syawal

Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah kerana kami berjaya menunaikan puasa enam syawal pada tahun ini. Tinggal satu hari Syawal 2012, esok bolehlah beraya lagi.

Sunday, September 2, 2012

Jom Heboh @ Kuching

jom jom jom

jom heboh heboh

Hahahaha... Unplanned activity. Actually kami nak pergi cari lauk masak je. Tak sangka pulak tersampai kat Karnival Jom Heboh Kat Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Mula2, kami keluar lunch, tak sengaja jugak tersinggah di Wisma Satok, padahal nak ambil duit kat Maybank je. Sedar2 terus lekat kat Wisma Satok tu, dan kami lunch kat Restoran Ayamku, sebab ada sijil Halal lar yang kami berani makan kat situ. Dah kenyang, kami pusing2 Wisma Satok. Wisma Satok ni lebih kurang macam Pertama Complex kat KL atau Kompleks Teruntum kat Kuantan.

Then kami singgah Masjid Jamek Kuching untuk solat Asar, Sekarang Asar dah makin awal, 3.55 dah masuk waktu Asar. Masjid ni memang besar, kawasan parking pun luas.
 ruang solat utama


ruang solat jemaah wanita

Lepas solat Asar, kami bercadang nak lepak kat taman sebelah masjid tapi sebab matahari terik lagi, kami duduk dalam kereta je. Sambil2 borak, kami nampak orang bawak goodie bags jom heboh, Rupa - rupanya bila kami check GPS, tempat Jom Heboh tu dekat je dengan Masjid Jamek, tak sampai 2 km jaraknya.
Kami pun bergerak lah ke Karnival Jom Heboh tu. 

Ramai orang sampai jammed jalan nak masuk ke Karnival tu, kami parking jauh sikit. Dalam 200 meter dari pintu pagar Stadium. Karnival tu jauh lagi ke dalam, dalam 200 meter lagi ke dalam. Panas terik tapi orang ramai, nasib baik kami bawak payung.

Kami beli air untuk hilangkan dahaga then terus balik, very2 crowded. Maybe pengunjung yang ramai tu tunggu untuk Konsert pada malamnya. Kami sekadar merasai suasana kemeriahan Karnival Jom Heboh... hehehe...



On the way balik, kami singgah E-Mart untuk tujuan asal kami keluar, cari lauk untuk masak. Kami beli ayam, ikan siakap dan sayur... Menu malam ini, Siakap Stim...