Pages

Monday, October 20, 2014

Perbarisan Tamat Latihan TLDM KD Sultan Ismail... Tanjung Pengelih, Teluk Pengerang

Bulan April lepas aku, wife dan mak mertua pergi ke perbarisan tamat latihan adik ipar aku... Dia masuk rekrut TLDM bulan November 2013 dan tamat latihan pada April 2014.

Pusat latihan rekrut TLDM ni dikenali sebagai KD Sultan Ismail yang mana KD tu bermaksud Kapal Diraja. KD Sultan Ismail ni terletak di Tanjung Pengelih, Teluk Pengerang, Johor. Tenjung Pengelih ni dah hujung Johor or maybe hujung Semenanjung Malaysia. Nak pergi pun jauh, perlu menghala ke Senai then Bandar Penawar lepas tu baru jumpa Sungai Rengit. Last baru sampai TLDM Tanjung Pengelih.

Sesiapa dari utara atau KL senang ikut PLUS dan exit Senai dan terus ke Bandar Penawar dan ke Tanjung Pengelih. Dari Kuantan atau Terengganu boleh ikut Muadzam Shah-Rompin-Mersing-Kota Tinggi-Bandar Penawar-Tanjung Pengelih atau boleh juga ikut  Muadzam Shah-Labis-Chaah-Yong Peng-Senai-Bandar Penawar-Tanjung Pengelih.

Kami bertolak dari Jengka around jam 10 pagi, sampai jam 6 petang. Penat jugak lar drive. Sampai di KD Sultan Ismail, kami daftar masuk di asrama yang disediakan untuk keluarga. Dalam KD Sultan Ismail ada cafe dan kantin. Boleh makan dan tak perlu keluar ke pekan Sungai Rengit. Tapi kalau nak lagi banyak pilihan, boleh cuba sekitar pekan Sungai Rengit.

Pada pagi hari tamat latihan, hujan lebat so perbarisan disingkatkan dan diteruskan di kawasan berbumbung... Takde lar gimik2 yang best...

hujan lebat

gambar dari tepi



bersam rekrut
Selepas habis majlis, kami makan2 dan pusing2 sekitar KD Sultan Ismail, sempat masuk kapal TLDM dan bergambar. Tangga dalam kapal sempit dan kami sempat belajar denagn anggota TLDM cara untuk naik dan turun tangga tu. Naik macam biasa tapi bila turun secara mengundur, supaya tidak tergelincir.





Dari Tanjung pengelih, kami terus ke Melaka... Jalan2 Melaka.... 

No comments:

Post a Comment