Pages

Wednesday, February 29, 2012

Rose Valley & Rose Centre...

Around 2 ptg, kami beredar dari Bharat Tea Plantations dan menuju balik ke Kea Farm. Lebih kurang 1.5km dari ladang teh tu atau 4.5km dari taman rama, kami singgah di Rose Valley,Tringkap. Terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Kea Farm. Di Rose Valley ni bukan setakat pelbagai jenis ros je yang ade, pelbagai jenis bunga dan tanaman lain seperti lily, tomato, parsley, pudina dan epal pon ade ditanam.

Admission fee untuk Rose Valley ialah RM4 untuk orang dewasa. Seronok kat Rose Valley ni sebab ade trek untuk naik ke puncak bukit dalam kawasan Rose Valley ni. Penat tapi sangat menyeronokkan. 

Rose Valley





lavender




dari puncak Rose Valley





Dari Rose Valley kami ingin ke Gunung Brinchang tapi kami tak dapat sampai di Gunung Brinchang kerana ditutu sementara untuk penyelenggaraan. So, kami teruskan perjalanan ke Kea Farm dan singgah di Rose Centre. Dari Rose Valley ke Rose Centre, setiap tempat ade kelebihan dan kekurangan. Di Rose Valley, lebih banyak bunga ros dan tanaman. Rose Centre lebih tinggi kawasannya dan lebih nyaman.

Rose Centre ni mahal sikit bayaran tiket masuknya dari Rose Valley, RM5 untuk dewasa. Hehehe...

Rose Centre





dari puncak Rose Centre










Kami bertolak balik dari Rose Centre ke Brinchang around pukul 5 ptg. Sebelum balik ke hotel, kami singgah dulu makan di Restoran Naimah. Masakan panas je ade, so kami order nasi putih, tomyam campur, kailan ikan masin, daging halia dan limau ais. Total semua adalah RM15. Ok lar, harga lebih kurang dengan kedai di luar Cameron Highlands.

Malam kedua di Cameron Highlands kami rehat je di bilik hotel. Pasar malam ade malam hujung minggu je, malam biase takde. So kami rehat dan makan sambil tengok tv. Terasa lagi penat. Kami tidur awal sebab kepenatan dan untuk simpan tenaga untuk sambung adventure yang tertangguh tadi. Kebanyakan lokasi menarik beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 6 ptg saje...

Cameron Highlands Butterfly Farm & Bharat Tea Plantations

Lebih kurang 3km dari pekan Brinchang, kami sampai di Kea Farm. Selepas Galeria Time Tunnel, S'Corner Central Market dan Cactus Point, lokasi seterusnya ialah Cameron Highlands Butterfly Farm atau Taman Rama-rama. Taman rama2 ni berada di sebelah kanan jalan menuju ke Tapah. Ada 2 taman rama2 yg terletak sebelah-menyebelah. Pilih yang mane satu idaman hati. Kami masuk taman yang pertama sebab dekat dengan parking lot. Bayaran masuk ialah RM5 untuk seorang dewasa, RM3 untuk kanak2.

kisah hidup rama2






kepompong rama2







Selain rama2 dan kupu2, ade jugak haiwan lain seperti arnab, pelbagai jenis ular, pelbagai jenis katak dan serangga2 lain. Bunga raya yang besar2 pon ade.

arnab2 yang gebu

bunga raya


Penat berjalan dalam taman rama2, kami lunch dulu dengan roti dan tuna yang kami bawak beserta  salad yang dibeli di pasar pagi tadi. Memang sedap makan sandwich dan salad segar...Lagi2 bila tengah lapo giler. hehehe

Kami teruskan adventure kami ke Bharat Tea Plantations. Lebih kurang 6km dari taman rama2 tadi. Ladang teh ni sebelah kiri jalan menuju ke Tapah. Masuk ladang teh ni percuma je. Boleh jalan2 sampai hujung ladang, nak panjat bukit pon boleh. 

Bharat Tea Plantations








tea house



Boleh tahan penat bersiar2 dan bergambar di Bharat Tea Plantations. Kami tak minum teh sebab mahal, lepak je kat tea house tu, hilangkan kepenatan untuk adventure lain lagi...