Tuesday, February 28, 2012

the adventures begin...Galeria Time Tunnel...

it's a cold morning.... kami bangun pagi untuk solat subuh pun terpakse gune air water heater. Joven water heater memang best. Hehehe...

Pagi2 sejuk ni memang perut cepat terasa lapar. Kami bersiap dan terus keluar untuk cari sarapan pagi. Actually, kedai makan tak jauh pun, tak sampai 2 minit jalan dari hotel, kami dah sampai di restoran yang agak ramai pengunjung. Restoran Naimah, Restoran 1 Malaysia. Restoran ni mula beroperasi seawal jam 7.30 pagi. Banyak menu pagi ade, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, nasi lemak, roti canai, kuih-muih pun banyak jugak.

Kami ambik serba sedikit bihun goreng, kuey teow goreng, nasi goreng, telur mata kerbau, 2 ketul kuih dan air limau panas. Kami bayar RM5.30 je, sangat berpatutan bila fikir kami berada di kawasan peranginan yang jadi tumpuan ramai dan semua makanan tu sedap. Sangat2 berbaloi.

Restoran Naimah

 
Manu sarapan pagi

Dekat dengan restoran ni ade pasar pagi. Ade orang jual makanan, sayur-sayuran, buah-buahan. Semuanya segar2. Ikan dan ayam pun ade. Kalau sesiape yang menginap di apartment yang ade dapur, memang boleh sangat untuk masak. Lagi jimat kos makan. Maybe next time kami datang lagi, kami akan menginap di mane2 apartment pulak. Save sikit duit makan. Rasenye homestay pun ade sekitar Brinchang tu.

Selepas kami beli sikit buah manga dan salad, kami terus kembali ke hotel. Nak bersiap untuk mulakan pengembaraan di Cameron Highlands... Hehehe.... Kami sangat2 excited...

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami mulakan perjalanan kami. Kami menuju ke Kea Farm, bukan sebuah ladang atau kebun tapi nama kawasan yang banyak tempat menarik seperti ladang strawberi, taman rama2, taman lebah, taman cactus, ladang ros, tempat jualan hasil2 tanaman, dan banyak lagi lar. Kea Farm ni adalah laluan ke Tapah, Perak.

Lokasi pertama kami singgah ialah Galeria Time Tunnel, sebuah muzium tempatan yang memuatkan banyak info pasal sejarah Cameron Highlands. Galeria ni antara tempat yang harus dikunjungi. Jarak galeria ni lebih kurang 1km je dari pekan Brinchang. Macam2 ade. Sejarah penemuan Cameron Highlands dan juga sejarah perkembangan Cameron Highlands dari sebuah bukit biase hingga jadi antara kawasan peranginan yang terkenal di Malaysia. Ade jugak bahan2 sejarah macam bekas2 minuman yang lame, gambar2 lame dan banyak lagi benda2 sejarah yang menarik.

Untuk masuk ke galeria ni ade tiket masuk. RM5/person. Sangat berbaloi dengan pengalaman yang menarik dan info yang tersedia. Sebelah galeria ni ade cafe dan kedai menjual sayur dan buah termasuklah buah strawberi. Sebabnya, dalam kedai tu ade intu masuk ke Kok Lim Strawberry Park. Ni ade sikit gambar dari galeria tu.
Pintu masuk Galeria Time Tunnel


kerusi gunting rambut

beca


motosikal lama keluaran ENFIELD

koleksi tabung lama

gambar2 lama

tv tahun 70an

sejarah Bharat Tea Plantations

alat penimbang

pam air

suis lama

dulang air botol

air botol


gambar2 mantan PM

koleksi telepon

poster filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

dulu DARKIE, skarang DARLIE


pekerja galeria yang friendly

koleksi penimbang



background kebun strawberi

Ni baru 1st stop, banyak lagi lokasi menarik yang harus dikunjungi. Tak boleh membazir masa, so kami teruskan lagi perjalanan menghala ke Kea Farm...



3 comments:

  1. telur mata lembu????ermmmm...bihun goreng dua kali taip...

    ReplyDelete
  2. hahaha... mata lembu ke mata kerbau... konpius ni

    ReplyDelete
  3. mata kerbau la...hahhaah..abang ni, buat lawak plak...

    ReplyDelete