Pages

Wednesday, February 29, 2012

Cameron Highlands Butterfly Farm & Bharat Tea Plantations

Lebih kurang 3km dari pekan Brinchang, kami sampai di Kea Farm. Selepas Galeria Time Tunnel, S'Corner Central Market dan Cactus Point, lokasi seterusnya ialah Cameron Highlands Butterfly Farm atau Taman Rama-rama. Taman rama2 ni berada di sebelah kanan jalan menuju ke Tapah. Ada 2 taman rama2 yg terletak sebelah-menyebelah. Pilih yang mane satu idaman hati. Kami masuk taman yang pertama sebab dekat dengan parking lot. Bayaran masuk ialah RM5 untuk seorang dewasa, RM3 untuk kanak2.

kisah hidup rama2






kepompong rama2







Selain rama2 dan kupu2, ade jugak haiwan lain seperti arnab, pelbagai jenis ular, pelbagai jenis katak dan serangga2 lain. Bunga raya yang besar2 pon ade.

arnab2 yang gebu

bunga raya


Penat berjalan dalam taman rama2, kami lunch dulu dengan roti dan tuna yang kami bawak beserta  salad yang dibeli di pasar pagi tadi. Memang sedap makan sandwich dan salad segar...Lagi2 bila tengah lapo giler. hehehe

Kami teruskan adventure kami ke Bharat Tea Plantations. Lebih kurang 6km dari taman rama2 tadi. Ladang teh ni sebelah kiri jalan menuju ke Tapah. Masuk ladang teh ni percuma je. Boleh jalan2 sampai hujung ladang, nak panjat bukit pon boleh. 

Bharat Tea Plantations








tea house



Boleh tahan penat bersiar2 dan bergambar di Bharat Tea Plantations. Kami tak minum teh sebab mahal, lepak je kat tea house tu, hilangkan kepenatan untuk adventure lain lagi...

No comments:

Post a Comment