Pages

Saturday, September 29, 2012

Resepi Jeruk Mangga Sedap

Jeruk mangga is my favorite. Kalau beli mahal dan selalunya tak sedap sebab ada yang terlalu masam, ada juga yang terlalu manis. Tak kurang juga yang hilang terus rasa mangganya. 

So, buat sendirilah jeruk mangga, ikut selera masing2. Dan tentulah mangga muda yang jadi pilihan. Thus, hari ini aku share resipi jeruk mangga yang sedap.

Bahan2
Mangga
Air gula
Garam

Cara2 
1. Bersihkan mangga, dan potong kecil2, boleh kupas dulu kalau nak.




2. Rendam mangga yang telah dipotong di dalam air garam. Biarkan semalaman.

3. Keluarkan air garam, cuci potongan mangga dengan air paip.

4. Letakkan potongan mangga ke dalam bekas seperti balang kuih dan isikan air gula melebihi paras potongan mangga.

5. Simpan bekas berisi potongan mangga dan air gula ke dalam peti ais. Selepas 3-4 hari, jeruk sedia untuk dimakan.

p/s: simpan bekas jeruk dalam peti ais, confirm terangkat makan jeruk yang masam2 dan sejuk...

No comments:

Post a Comment