Pages

Saturday, March 31, 2012

jom heboh @ kuala terengganu

politeknik kuala terengganu terlibat dalam menjayakan program jom heboh  TV3 yang kali ini diadakan di perkarangan stadium negeri terengganu, gong badak, kuala terengganu. program ni berlangsung selama 2 hari iaitu ada 30 dan 31 mac 2012 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

politeknik kuala terengganu disertai 2 politeknik sultan mizan zainal abidin dan politeknik hulu terengganu dalam menjayakan dan memeriahkan booth politeknik.







Friday, March 2, 2012

Kok Lim Strawberry Farm, Taman Pertanian Mardi & Highlands Apiary Farm (Honey Bee Farm)

Cactus Valley memang menyeronokkan tapi memenatkan sebab besar sangat. Seterusnya kami ke Kok Lim Strawberry Farm, nak petik sendiri strawberi. Bila kami sampai di ladang strawberi ni, tak ramai lagi pengunjung. Kami terus ke kaunter dan bayar RM20 untuk 500 gram dulu, kalau lebih nanti kena tambah duit lagi. Pekerja ladang beri kami kotak plastik yang bertanda dan bagitau tanda tu adalah had untuk 500 gram. Kami pon ape lagi. Terus je turun ke ladang strawberi tu. Very2 excited nak petik strawberi...









Lebih kurang 30 minit, kami dah penuhkan kotak plastik tu, semua strawberi yang besar2. Kami ingat dah lebih 500 gram, rupanya kurang lagi bila timbang. Penjaga kaunter tu tambah lagi sikit untuk cukup 500 gram. Seronok dapat petik sendiri strawberi ni, boleh pilih sendiri. Nak besar ke nak merah ke, terpulang pada kita...

Seterusnya kami ke S'Corner Central Market. Kami beli 2 kotak strawberi segar yang berharga RM15, 2 botol jem strawberi berharga RM10 dan 2 botol bes strawberi berharga RM20.

Next, kami ke Cactus Point untuk beli pokok cili dan pokok parsley, setiap satu berharga RM5. Selepas itu, kami terus pula ke Kea Farm untuk memborong sayur-sayuran. Kami beli pelbagai jenis sayuran seperti kobis, bunga kobis, salad, celeri, brocoli, asparagus, tomato, keledek, kailan, capcicum, jagung dan cendawan. Kami shopping sakan, sampai penuh satu kereta. Hehehe...

Dalam perjalanan pulang, kami ambik laluan sama ketika datang. Laluan menghala ke Sungai Koyan. Kami singgah sekejap di Taman Pertanian Mardi. Tapi tutup sebab rehat, bukak pulak pukul 2.30 ptg. Kami bergambar sikit dan terus beredar ke taman lebah yang berada di Tanah Rata.





Sebelum kami tiba di taman lebah, kami singgah di satu lagi ladang teh Bharat Tea Plantations. Ladang teh ni terletak di sebelah kanan jalan menghala ke Tanah Rata dan Sungai Koyan. Kami singgah untuk beli anak pokok teh yang berharga RM10 sebatang. Ladang teh ini ramai pengunjung datang untuk minum teh dan bergambar. Kami bergambar je, tak minum teh sebab nak cepat sampai kampung.



Sebelum bertolak pulang dari Cameron Highlands, kami berhenti sekejap di Highlands Apiary Farm atau Honey Bee Farm yang terletak di Tanah Rata. Taman lebah madu ni berada di sebelah kiri jalan menghala ke Sungai Koyan. Kami tak berani bergambar dengan lebah, sekadar gambar lebah je. Kami jugak beli sebotol madu asli yang berharga RM25/sebotol. Di taman inilah ade strawberry picking yang paling murah iaitu RM35/kilogram.






Lebih kurang pukul 2.40 petang kami bertolak balik ke Jengka. Kami bercadang bermalam di kampung halaman dan sabtu 25/02/2012 baru pulang ke Kuantan. Dalam perjalanan pulang ke Jengka, kami melalui Sungai Koyan, Kuala Lipis, Jerantut dan akhirnya Jengka 11. Kami selamat tiba di Jengka 11 around pukul 7.30 malam. Kami berehat, makan dan tidur. Penat tapi sangat menyeronokkan dengan pelbagai kenangan manis... 




Thursday, March 1, 2012

final day... Cactus Valley & Strawberry Park...

Pagi hari terakhir lagi sejuk dari semalamnya. Lepas solat subuh, kami berkemas untuk balik kampung. Sekali lagi kami bersarapan di Restoran Naimah. Kali ni kami ambik nasi lemak ayam goreng dan nasi putih lauk ayam kicap dan sambal sotong serta air limau panas. Mahal sikit, RM9 kene bayar.

Sesudah berkemas dan bersiap, kami pon check out dan bersedia untuk sambung pengembaraan yang tertangguh dari semalam akibat kepenatan. Tapi kami singgah dulu di Cactus Valley yang bersebelahan Big Red Strawberry Farm. Admission fee untuk Cactus Valley ni RM4 je untuk dewasa.

pintu masuk cactus valley


dari puncak Cactus Valley








pokok epal

epal yang berjaya dipetik











tomato











pokok2 bunga yang dijual di Cactus Valley

Sepanjang kami berada di Cameron Highlands ni merata-rata ade Strawberry Park yang semuanya boleh self-picking. Kebetulan sebelah Cactus Valley ni ade Strawbery Park, Big Red Strawberry Park name die. Entrance fee free je tapi kene bayar untuk strawberi yang kite petik. Syarat minimum bayaran adalah RM25 untuk setengah kilogram.


Kami tak jadi petik strawberi dekat Big Red Strawberry tu, sebab semalam kami jumpe tempat yang lagi murah. Kok Lim Strawberry Park, sebelah Galeria Time Tunnel. RM20 untuk setengah kilogram. Murah RM5 dari Big Red Strawberry.

Kami suggest survey banyak tempat dulu sebelum pilih ladang strawberi untuk petik sendiri strawberi. Kami tak sempat nak survey banyak tempat, tapi kami jumpe tempat yang paling murah, tu pon mase on the way balik dah. RM35/kilogram tapi ade negatifnya, nun jauh di Tanah Rata, Highlands Apiary Farm (HAF). HAF ni actually bee farm tapi ade jugak sikit strawberry untuk dipetik. Lagi satu kelebihan HAF ni minimum untuk strawberi yang dipetik ialah 100 gram, tempat lain semuanya minimum 500 gram.