Pages

Friday, March 2, 2012

Kok Lim Strawberry Farm, Taman Pertanian Mardi & Highlands Apiary Farm (Honey Bee Farm)

Cactus Valley memang menyeronokkan tapi memenatkan sebab besar sangat. Seterusnya kami ke Kok Lim Strawberry Farm, nak petik sendiri strawberi. Bila kami sampai di ladang strawberi ni, tak ramai lagi pengunjung. Kami terus ke kaunter dan bayar RM20 untuk 500 gram dulu, kalau lebih nanti kena tambah duit lagi. Pekerja ladang beri kami kotak plastik yang bertanda dan bagitau tanda tu adalah had untuk 500 gram. Kami pon ape lagi. Terus je turun ke ladang strawberi tu. Very2 excited nak petik strawberi...









Lebih kurang 30 minit, kami dah penuhkan kotak plastik tu, semua strawberi yang besar2. Kami ingat dah lebih 500 gram, rupanya kurang lagi bila timbang. Penjaga kaunter tu tambah lagi sikit untuk cukup 500 gram. Seronok dapat petik sendiri strawberi ni, boleh pilih sendiri. Nak besar ke nak merah ke, terpulang pada kita...

Seterusnya kami ke S'Corner Central Market. Kami beli 2 kotak strawberi segar yang berharga RM15, 2 botol jem strawberi berharga RM10 dan 2 botol bes strawberi berharga RM20.

Next, kami ke Cactus Point untuk beli pokok cili dan pokok parsley, setiap satu berharga RM5. Selepas itu, kami terus pula ke Kea Farm untuk memborong sayur-sayuran. Kami beli pelbagai jenis sayuran seperti kobis, bunga kobis, salad, celeri, brocoli, asparagus, tomato, keledek, kailan, capcicum, jagung dan cendawan. Kami shopping sakan, sampai penuh satu kereta. Hehehe...

Dalam perjalanan pulang, kami ambik laluan sama ketika datang. Laluan menghala ke Sungai Koyan. Kami singgah sekejap di Taman Pertanian Mardi. Tapi tutup sebab rehat, bukak pulak pukul 2.30 ptg. Kami bergambar sikit dan terus beredar ke taman lebah yang berada di Tanah Rata.





Sebelum kami tiba di taman lebah, kami singgah di satu lagi ladang teh Bharat Tea Plantations. Ladang teh ni terletak di sebelah kanan jalan menghala ke Tanah Rata dan Sungai Koyan. Kami singgah untuk beli anak pokok teh yang berharga RM10 sebatang. Ladang teh ini ramai pengunjung datang untuk minum teh dan bergambar. Kami bergambar je, tak minum teh sebab nak cepat sampai kampung.



Sebelum bertolak pulang dari Cameron Highlands, kami berhenti sekejap di Highlands Apiary Farm atau Honey Bee Farm yang terletak di Tanah Rata. Taman lebah madu ni berada di sebelah kiri jalan menghala ke Sungai Koyan. Kami tak berani bergambar dengan lebah, sekadar gambar lebah je. Kami jugak beli sebotol madu asli yang berharga RM25/sebotol. Di taman inilah ade strawberry picking yang paling murah iaitu RM35/kilogram.






Lebih kurang pukul 2.40 petang kami bertolak balik ke Jengka. Kami bercadang bermalam di kampung halaman dan sabtu 25/02/2012 baru pulang ke Kuantan. Dalam perjalanan pulang ke Jengka, kami melalui Sungai Koyan, Kuala Lipis, Jerantut dan akhirnya Jengka 11. Kami selamat tiba di Jengka 11 around pukul 7.30 malam. Kami berehat, makan dan tidur. Penat tapi sangat menyeronokkan dengan pelbagai kenangan manis... 




1 comment: