Pages

Tuesday, February 12, 2013

Jong's Crocodile Farm


Selain dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang atau The land of Hornbill, Sarawak juga famous dengan cerita2 buaya yang menarik dan selalunya menggerunkan. Banyak cerita mengenai buaya atau lebih biasa dipanggil bujang dan seperti menjadi satu kemestian, sesiapa yang berkunjung ke Sarawak pasti akan tertarik untuk melihat sendiri buaya2 tersebut.

Sekarang, pengunjung tak perlu ke sungai atau paya untuk melihat dengan mata kepala sendiri, hanya sekadar perlu berkunjung ke taman2 buaya yang banyak dibuka untuk kunjungan. Antara yang paling popular adalah Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong.

Taman ini dibuka sejak tahun 1963 yang bermula dari hobi dan niat untuk menjaga anak2 buaya, akhirnya kini taman ini dihuni oleh ribuan buaya. Ada yang dibeli, ada juga yang ditangkap, dan yang paling dibanggakan oleh pemilik adalah ada buaya yang lahir di taman ini hasil penyelidikan dan usaha anak pemilik taman ini sendiri.

Jong's Crocodile Farm terletak 28 km dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan menaiki kereta. taman ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 am hingga 5.00 pm. Bagi bukan rakyat Sarawak, bayaran masuk adalah RM16 seorang dewasa dan RM8 seorang kanak2. Bagi orang Sarawak, RM10 ubtuk seorang dewasa dan RM5 untuk kanak2.

Selain buaya, terdapat juga haiwan2 liar lain seperti rusa, landak, monyet, burung2 dan banyak lagi.

Apa yang menarik di sini adalah ketika proses memberi makan buaya atau crocodile feeding. Para pengunjung boleh melihat bagaimana buaya dengan lahapnya meragut makanan yang diberi. Ada juga yang melompat tinggi di udara. Waktu cocodile feeding adalah setiap hari pada jam 11.00 am dan 3.00 pm. Kami tidak sempat menonton proses cocodile feeding kerana kami tiba pada jam 3.20 petang. Kami hanya sempat menonton proses memberi makan ikan arapaima gigas yang bermula jam 3.30 pm.

Selain cocodile feeding, proses memberi makan Arapaima Gigas juga boleh ditonton pada jam 11.30 am dan 3.30 pm. Terdapat juga kedai cenderamata yang menjual barang hasil dari buaya termasuklah tali pinggang kulit buaya, beg kulit buaya dan juga daging buaya.

arapaima gigas feeding









Monday, February 11, 2013

Matang Family Park




Penat mendaki di Kubah National Park, kami terus ke Matang Family Park. Matang Family Park ni hutan lipur di mana airnya mengalir dari Gunung Serapi, gunung tertinggi di kawasan Matang. Terletak bersebelahan dengan Kubah National Park. Jalan masuk yang sama cuma kita akan menemui Matang Family Park dahulu sebelum menemui Kubah National Park.

Dibuka setiap hari dari jam 8.00 am hingga 5.00 pm. Pastinya pengunjung akan lebih ramai pada hujung minggu dan cuti umum. Yuran masuk adalah RM3 seorang dewasa berumur 18 tahun keatas, RM2 untuk remaja berumur 13 hingga 18 tahun dan RM1 seorang untuk kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Bagi kanak2 berumur bawah 7 tahun, mungkin percuma sebab tiada makluman.

Pengunjung boleh menggunakan cara yang sama seperti ke Kubah National Park, menggunakan kereta sendiri atau menyewa, bas City Public Link K21 atau Matang Bas no 11. Bagi yang berkereta, boleh parking di depan pintu masuk atau di bahagian atas dan parking adalah percuma. Walaupun percuma, ada pengawal keselamatan yang meronda di sekitar kawasan parking, keselamatan pengunjung dan kenderaan terjamin.

Lama juga kami bersukaria di Matang Family Park, hampir 2 jam jugalah. Seronok bermain air. Hari ni cuti, terdapat ramai pengunjung yang bermandi-manda dan juga berkelah. Tak kurang juga yang berbarbeque. Sambil2 berseronok, sentiasa berhati2 dan jangan letak barang berharga jauh dari kita. Itu pesanan yang kami terima dari pengawal kselamatan yang bertugas.

Terdapat juga gerai makanan dan minuman di bahagian dalam pintu masuk hutan lipur ni. Tandas awam juga disediakan. 



 gerai makanan dan minuman yang berbumbung

 laluan ke tempat mandi









p/s: memang seronok main air di hutan lipur tapi hati2 dengan kepala air... mungkin datang tiba2...

Sunday, February 10, 2013

Kubah National Park



Aktiviti kami yang pertama pada kali ini adalah ke Kubah National Park. Salah satu taman negara yang diuruskan oleh Sarawak Forestry Corporation.

Kubah National Park atau Taman Negara Kubah terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching, Sarawak, 40 minit sahaja kalau memandu kereta. Para pelancong boleh menyewa kereta atau menggunakan khidmat teksi dari Bandaraya Kuching. Juga boleh menaiki bas Matang Bus no. 11 atau bas City Public Link K21 dari pusat Bandaraya Kuching. Taman negara ni 500 meter sahaja dari Politeknik Kuching Sarawak, jalan kaki pun boleh dari polteknik dan ramai pelajar yang berjalan kaki sahaja ke sana apabila cuti umum atau hujung minggu.

Macam2 aktiviti boleh buat di Taman Negara Kubah ni, boleh mendaki ke Air Terjun Gunung Serapi atau melaui laluan2 mendaki seperti ke Puncak Gunung Serapi. Boleh berjalan atau berbasikal sebab disediakan laluan berturap hingga ke puncak gunung. Ada juga campsite untuk mereka yang suka berkhemah.Untuk ke Air Terjun Gunung Serapi, tempoh mendaki lebih kurang sejam untuk pergi sahaja. So, dua jamlah untuk pergi dan balik. Manakala 3 jam setengah untuk ke Puncak Gunung Serapi, pergi sahaja dan 7 jam pergi dan balik.

Setiap pengunjung perlu mendaftar di pondok pengawal dan perlu membayar RM10 seorang untuk yuran masuk. Kalau tak bayar, berlegar di sekitar pintu masuk sajalah. Hehehe...Pejabat pengurusan Taman Negara Kubah berada di kawasan pintu masuk, tandas awam pun ada tersedia. 





laluan berturap hingga ke Puncak Gunung Serapi



air yang mengalir dari gunung

antara campsite yang ada

info mengenai jarak dan tempoh setiap pendakian



Selepas ke Kubah National Park, kami ke Matang Family Park... mandi!!!....

Penginapan murah di Kuching - Serapi Lodge PKS


Happy Chinese New Year kepada semua.

Tahun Baru Cina... means...CUTI!!!. Yeay! Cuti dari Sabtu 09/12/13 hingga 12/02/13. 4 hari cuti, banyak plan kami di Kuching. 

First, stay at CISEC Politeknik Kuching Sarawak (PKS) atau Serapi Lodge PKS. Bilik penginapan CISEC di PKS ni lebih murah berbanding kebanyakan hotel2 bajet di Kuching. Cuma RM30 semalam bagi penjawat awam dan perlu tunjukkan kad kerja sebagai bukti. Manakala bagi pengunjung yang bukan penjawat awam, bayaran sebanyak RM60 semalam dikenakan. Murah, selesa dan berbaloi.

Ramai yang tak tahu, kebanyakan politeknik ada menyediakan hotel atau guest house untuk staf politeknik dan orang luar yang inginkan bilik penginapan. Boleh hubungi mana2 politeknik dan bertanyakan bilik penginapan CISEC, InsyaAllah ada. Kalau nasib baik, dapat bilik VIP yang lebih besar dan luas pada harga yang sama atau mahal sedikit shaja.

king size bed di VIP suite

 antara kelengkapan yang ada


 bilik mandi+toilet yang luas


Well, sekitar Politeknik Kuching Sarawak, ada macam2 aktiviti kita boleh lakukan. Antaranya melawat Kubah National Park yang menyediakan banyak aktiviti jungle-trekking dan trail-trekking. Ada juga Matang Family Park yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah dan bermain air sungai yang mengalir dari air terjun Gunung Serapi. Bagi yang meminati haiwan liar, boleh berkunjung ke Matang Wildlife Center. Boleh juga ke Kampung Nelayan Telaga Air untuk menikmati hidangan laut yang murah dan menyusuri sungai dengan menaiki bot.


Thursday, February 7, 2013

El - Dorado Timur - Terowong Sungai Lembing






Terowong Sungai Lembing is the Longest and Deepest Tunnel in The World.

Itu yang dicanang oleh syarikat pengurusan Terowong Sungai Lembing dan akhbar2 tempatan. Well, it's true. Bangga aku jadi orang Kuantan. Hehehe. Syarikat pengurusan ni tak lain tak bukan syarikat yang sama menguruskan Bukit Gambang Resort City.

Jalan masuk ke terowong ni betul2 bersebelahan pintu pagar Muzium Sungai Lembing. Kalau sampai ke Muzium Sungai Lembing, confirm akan dapat cari jalan ke Terowong Sungai lembing. Jalan dah diturap baru, selesa untuk pengunjung. Jalan masuk dan jalan keluar berbeza, jangan salah laluan, nanti sesak.

Dulu terowong ni tak dibenarkan masuk sebab bahaya tapi ramai juga yang masuk secara haram- tresspassing. Sangat berisiko sebab banyak binatang liar dan tinggalan barang2 lombong seperti kayu dan batu. Terowong yang ditinggalkan tanpa pengurusan atau penjagaan.

Sekarang, Terowong Sungai Lembing dah dibuka kepada orang ramai. Tapi tak sepenuhnya, lebih kurang 600 meter sahaja. Pengunjung akan dapat rasa naik tram untuk masuk ke terowong sejauh 60 meter sahaja. Lagi 500 meter lebih kena jalan kaki. Setiap kumpulan pengunjung akan ditemani seorang guide atau pemandu pelancong.

Walaupun 600 meter sahaja panjang terowong yang dibuka untuk lawatan, tapi sangat berbaloi sebab sangat menarik dan lain dari yang lain. Beberapa ratus meter pertama, kita akan rasa sejuk sebab ada lubang angin. Makin jauh kita masuk, akan jadi makin panas. Patutlah kalau kita tengok gambar pelombong dulu2, mereka pakai seluar pendek saja semasa melombong. Panas!!!

Terowong Sungai Lembing mula dibuka semula untuk kunjungan pada Januari 2013 yang lalu.

Tiket masuk bagi warga Malaysia ialah RM30/dewasa dan RM15/kanak2. penjual tiket akan minta kad pengenalan atau pasport untuk pengesahan warganegara. Tak boleh tipu. hehehe.

Bagi pengunjung luar negara, RM60/dewasa dan RM30/kanak2. Sekarang ada promosi 50% diskaun, so cepat2 lah ke Terowong Sungai Lembing. Kami suggest pergi waktu weekdays sebab tak ramai pengunjung. Kalau hujung minggu, berhimpitlah jawabnya. 

Waktu operasi adalah pada Isnin-Khamis dari 10.00 am hingga 8.00 pm, hari Jumaat-Ahad dari 10.00 am hingga 10.00 pm.

Boleh juga beli tiket secara online di Terowong Sungai Lembing official website di http://sungailembingmines.com.my/

 tram masuk di pintu 2

 bergambar dalam tram




Antara terowong asal, sangat dalam


pintu keluar


p/s: ada lokomotif di pintu keluar, boleh cuba gerakkan lokomotif tu sampai hujung laluan...

Tuesday, February 5, 2013

El - Dorado Timur - Muzium Sungai Lembing


Muzium Sungai Lembing

Jarak Sungai Lembing dari bandar Kuantan lebih kurang 40km, tak jauh sangat pun . Around 30 minit drive kereta tapi sekarang boleh naik Rapid Kuantan dari Terminal Makmur, Kuantan. Tambang aku tak pasti berapa. Sekarang Rapid Kuantan buat promosi tambang free hingga 30 April 2013. Aku suggest drive sendiri atau pakat2 sewa teksi, cepat sampai. Kalau naik bas lambat sampai sebab banyak berhenti.

31/1/13, tarikh aku sekeluarga pergi makan angin di Sungai Lembing. Tak Jauh sangat dari rumah kami di KotaSAS tapi sebab macam2 benda timbul, baru sekarang dapat pergi ke Sungai Lembing yang pernah jadi salah satu pusat perlombongan bijih timah utama yang rancak seabad yang lalu sehingga digelar El-Dorado Timur.

Free admission, hanya perlu register nama kat pondok pengawal Muzium Sungai Lembing dan parking adalah di luar pintu masuk. Tak boleh parking dalam kawasan muzium. Dekat je tempat parking dengan muzium tapi kena naik bukit. Boleh tahan jugak lar mengahnya.

Muzium ni dulu asalnya rumah pegawai Inggeris yang bekerja kat lombong bijih timah. Rumah kayu dua tingkat ni sekarang penuh dengan khazanah2 dari aktiviti perlombongan macam peralatan melombong, jenis2 galian dan gambar2 berkaitan perlombongan bijih timah.

Sesiapa yang datang ke Sungai Lembing, memang patut singgah di Muzium Sungai Lembing sebab muzium ni menarik walaupun kecil dan banyak maklumat yang boleh didapati. Muzium ni dibuka setiap hari dari jam 9.00 am hingga 6.00 pm



pintu masuk muzium










Antara jenis2 mineral 

Bilik tidur













Selain Muzium Sungai Lembing, ada banyak lagi tempat menarik di Sungai Lembing ni, antaranya Terowong Sungai Lembing yang dikatakan terdalam dan terpanjang di dunia, Gua Charas, Bukit Panorama, Ladang Ternakan Rusa, dan banyak lagi...

p/s: ada jambatan kayu merentasi sungai, menarik dan a bit scary...