Pages

Wednesday, February 29, 2012

S'Corner Central Market & Cactus Point...

Dari Galeria Time Tunnel, kami teruskan perjalanan ke Kea Farm...

Lokasi kedua kami singgah ialah S'Corner Central Market, sebuah pusat jualan hasil2 Kea Farm, masuk percuma. Ade macam2 hasil strawberi seperti buah strawberi segar, strawberi kering, jem strawberi, jus strawberi, aiskrim strawberi pun ade. Kami beli strawberi dan roselle kering, 2 kotak untuk RM15. Kami jugak beli magnet untuk souvenir dari Cameron Highlands. Selain hasilan strawberi, ade jugak sayur-sayuran dan buah-buahan seperti timun jepun atau zuccini, salad, keledek, kentang jepun, kobis, buah markisa, dan cendawan.
cendawan untuk dijual


S'Corner Central Market

Seterusnya kami singgah di Cactus Point. Dekat je jarak antara 2 tempat ni, bole nampak signboard Cactus Point dari S'Corner Central Market. Masuk taman kaktus ni pon percuma jugak. Ade pelbagai jenis kaktus, dari yang biase kite tengok hinggalah ke jenis yang tak pernah jumpe. Kaktus untuk jualan ade, tanaman macam cili dan parsley pun ade dijual jugak.
Cactus Point


kaktus




kaktus yang macam bunga tulip bila tengok dari jauh




Kami bercadang untuk beli pokok cili dan parsley tapi tu esok punye plan. Sekarang ni kami nak teruskan adventure ke lokasi seterusnya, Kea Farm...


No comments:

Post a Comment