Pages

Sunday, July 29, 2012

8 Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk minggu ke 2 kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni. Suasana puasa kat Kuching ni lain sikit. Sebelum puasa dah ada mall yang pasang lagu raya. Sekarang ni baru 8 Ramadhan tapi semua penduduk Taman Allamanda Indah ni dah bersemangat nak raya. Ramai dah pasang lagu raya, lampu2 pun dah banyak pasang. Berbeza dengan semenanjung, minggu kedua puasa tak rasa lagi nak raya, akhir2 puasa baru semua sibuk shopping, bersiap nak raya.

Setelah seminggu berpuasa kat Kuching ni, memang betullah apa yang Abang Man cakap, orang Kuching bersemangat nak raya. Siap ada pertandingan lampu tercantik lagi. Raya nanti lagi meriah. sebulan beraya, tiap2 hari ada open house.

Ramadhan kali ni semua pejabat kerajaan di Kuching guna WP1, punch in pukul 7.30 am dan balik pukul 4.30 pm. Untuk persiapan berbuka waktu berbuka jam 6.55 pm. Sempat lar kami masak untuk berbuka puasa. Bazar Ramadhan pun banyak kat sini, kalau pergi pukul 5 lebih, confirm jem, weekend je kami pergi bazar dan Pasar Tamu Satok.

 Minggu ni kali ke 3 kami pergi Pasar Tamu Satok. Pasar ni officially start pukul 12 pm hari sabtu sampailah 12 pm hari ahad. Every week. Tapi ada jugak peniaga yang start berniaga awal sebelum pukul 12 pm dan tutup selepas pukul 12 pm hari ahad. Hari ni kami pergi lewat, pukul 12 lebih baru sampai. tak banyak dah gerai yang ada.

Kat Pasar Tamu Satok ni macam2 ada dan murah2 harganya. Ada sayur kampung, ikan2, buah2, ayam, daging dan banyak lagi. Satu je barang yang mahal kat pasar ni, daging lembu tempatan sangat mahal berbanding dengan semenanjung, Kalu kat semanjung, daging lembu tempatan RM18/kg, kat Pasar Tamu Satok, harganya RM36/kg. Tapi ikan2 laut murah dari semenanjung, beza dalam RM10-RM15 untuk 1 kg.

Hari ni wife tersayang masak rendang daging, sayur air pucuk timun, ayam goreng dan sambal terung asam.Yummy.... meleleh dah air liur ni.... 2 jam setengah lagi untuk berbuka...

2 comments:

  1. Tuan,cuba try raya kr kuching tengok mcm mana suasana dia...:-)

    ReplyDelete
  2. hehe... balik kampung ler... minggu ke 2 raya baru ade kuching...

    ReplyDelete