Pages

Sunday, July 1, 2012

a new beginning

Kuantan-KL-Kuching

30 Julai 2012, final day kami kat semenanjung. Kami berangkat dari airport Kuantan jam 10.20 pagi. Sampai KLIA lebih kurang 11.20 pagi. Kami transit kat KL, lepak around 2 hours, kami terus naik flight ke Kuching jam 2.00 pm. Alhamdulillah, flight MH2356 kami selamat mendarat jam 4.00 pm. For information, nak masuk Sarawak ni kena ada pas Lawatan terhad, valid 90 hari je dari tarikh mendarat. Tapi sesiapa yang nak senang, sediakan passport antarabangsa, then imigration akan cop dalam passort tu.

Selesai ambil luggage, kami terus ambil teksi ke Arif Hotel, kami dah book awal2 masa tunggu flight KL-Kuching. Tambang teksi dari Kuching Airport ke Arif Hotel tak mahal sangat, RM26.00 je. Arif Hotel salah satu budget hotel, ada 2 rate, RM70.00/night and RM90.00/night. Kami ambil bilik harga RM70.00. Frankly, Arif Hotel ni tak best sangat condition biliknya, kami pilih sebab senang nak makan. Ada banyak restoran halal.

1st night kat Kuching kami rest & makan kat area hotel je, kami makan kat salah satu tempat halal yang famous, Kak Pah Nasi Kerabu ( actually kami tak tahu pun kedai ni famous, dah makan situ baru kawan2 bagitau... hehehe). kat kedai ni macam2 menu ade, nasi kerabu, laksam, sup tulang & banyak lagi.

 nak naik flight Kuantan-KL
jom naik

2nd day kat Sarawak... Alhamdulillah ade staff JKE Politeknik Kuching yang bermurah hati tolong kami, bawak kami tengok rumah sewa, bawak pergi poli, bawak jalan2 dan tumpangkan kami bermalam... thanks Abg Man.

Abang Man ni orang Perak dan tinggal kat Selangor yang dah 17 tahun kerja kat Politeknik Kuching ni, isteri dia, Kak Sham adalah TPA Politeknik Kuching. diorang ni sangat baik hati dan peramah. Sebelum kami daat kereta dan barang2 yang kami ship, kami akan tumpang rumah Abang Man & Kak Sham.

Petang tadi sempat kami pergi jalan2 tengok kek lapis yang memang sinonim dengan sarawak... most famous is kek lapis dayang salhah. Macam rasa ada, yang palig sedap, cadbury chocolate, lapis india, dragon & lapis sisik ikan.







Lepas ni akan banyak lagi tempat kami lawat... taking our time... huhuhu

No comments:

Post a Comment