Pages

Tuesday, May 27, 2014

KK - Kundasang

Hari kedua selepas lunch baru kami bertolak dari KK ke Kundasang. lambat dapat kereta sewa... Masa Lunch kami makan nasi campur sama menu istimewa kat sini... rumpai laut yang mantap... latok namanya... cicah ngan air asam.... yum yum...

latok + air asam
Kami bertolak agak lewat, around pukul 2 lebih... Actually kalau nak ke Kundasang, kena bergerak awal pagi dari KK. Sampai je KK nanti terus jalan, tak perlu stay kat Kundasang pun sebenarnya.

Sebab kami bertolak lewat, dengan hujan lebat lagi... Jalan agak bahaya sikit sebab berkabus... kena hati - hati. Jalan ke Kundasang tak banyak selekoh macam jalan ke Cameron Highlands tapi berkabus. Kabus tu yang bahaya. That's why tak digalakkan naik ke Kundasang selepas jam 5 petang.

Kenapa ke Kundasang?

Antaranya... ada Gunung Kinabalu... ada Kinabalu Park... ada ladang lembu tenusu Desa Dairy Farm... jauh sikit... ada Air Panas Poring... ada Tagal ( tempat sanctuary kelah)... ada ladang Teh Sabah... dan macam - macam lagi...

Kami sampai di Kundasang dah pukul 5 lebih, hujan pun lebat. Kami malas dah nak cari homestay murah. kami pergi ke Walai Tokou je... harga agak berpatutan... dan ada kedai makan halal di pintu masuk ke Walai Tokou Homestay tu... Kami pilih bilik RM90 semalam, kami stay 2 malam... RM180...

Lepas check in... kami lepak -  lepak dalam bilik yang sejuk... Pemandangan kat luar pun cantik... nampak Gunung Kinabalu... Lepas dinner, kami rest dan tidur awal sebab esoknya banyak lagi tempat kami nak teroka...

Walai Tokou Homestay

View Gunung Kinabalu dari bilik kami



No comments:

Post a Comment