Pages

Thursday, May 22, 2014

Kota Kinabalu

dah sampai KK



Actually tahun lepas kami pergi jalan - jalan di Kota Kinabalu. Ala2 backpacking. Tiket pergi balik Kuching-Kota Kinabalu cuma RM380 untuk 2 orang , tapi naik MASwings and transit kat Bintulu.

Flight MASwings KCH-BKI

Kami bertolak dari Kuching 25/12/13 jam 2.00 petang. Then around pukul 3.00 petang, stop kat Bintulu Airport untuk transit dan cop imigresen. Lebih kurang pukul 4.45 petang kami sampai di Kota Kinabalu International Airport.

Kami tak booking apa2 pun, dari hotel, hinggalah ke pengangkutan. Semuanya kami cari semasa tiba di KK. Dari airport KK, kami naik teksi ke Kampung Air, around RM30. Kenapa ke Kampung Air? Sebab Kampung Air ni tempat tumpuan ramai, ada hotel, hotel budget, motel, guesthouse... pilih je. Harga range dari RM50 hinggalah ke RM200++.

Nak pergi Pasar Filipin pun senang, jalan kaki je. tak sampai 10 minit dah sampai. Restoran halal pun senang nak cari...

Waktu kami tiba cuaca tak berapa baik. Hujan je. So, kami terus cari hotel budget, Dapat lar De Galleria Hotel, RM 90 satu malam sebab malas dah nak cari. lepas rehat kejap, kami terus jalan ke Pasar Filipin, makan le... kami makan ikan bakar... Tapi hati-hati, tanya dulu semua harga makanan, jangan main order je... kita tak tahu yang mana mahal... maybe ikan murah tapi sotong, ketam, udang semuanya harga mahal...

Lepas makan kami jalan - jalan sekitar situ... survey mutiara. Biasalah, datang KK mesti cari mutiara. 

Kami contact banyak tauke kereta sewa tapi banyak yang dah tak available. Sebab kami nak cari viva je. Viva atau kancil dah cukup untuk naik Kundasang. Apakan daya, saya call lambat, dapat myvi auto je... harga RM120 untuk satu hari. Kami sewa 2 hari untuk ke Kundasang... Hari kedua baru pergi Kundasang... 1st day.... time to kroh kroh je lar...

No comments:

Post a Comment