Pages

Friday, August 12, 2011

resepi tempoyak yang sedap dan tahan lama

puasa kat kampung...
memang best lagi2 kat jengka 11...
banyak makanan best...
jengka dan tempat lain kat pahang cukup sinonim dengan masakan berasaskan tempoyak...
sambal tempoyak, patin masak tempoyak, gulai masam ikan talapia dengan tempoyak, dan banyak lagi menu yang menyelerakan...
aku pon dah belajar sikit2 cara menghasilkan tempoyak...
the best tempoyak is made by the best durian...
never use durian yang dah masam kalau nak dapat tempyak yang sedap...
so kat sini aku nak share cara2 nak hasilkan durian yang sedap dan tahan lama..
petua ayah mertua aku...

bahan2 yang diperlukan

1. Durian sebakul atau sebanyak mungkin
2. Garam secukup rasa
3. Pisau
4. Sudu
5. Bekas untuk mengisi isi durian dan biji durian
6. Balang untuk menyimpan tempoyak

Cara2
1. Kupas semua durian dan letak isi durian di dalam bekas seperti besen. Pastikan anda tidak menyentuh isi durian tersebut dengan tangan.


2.Asingkan isi durian daripada bijinya. Gunakan pisau dan sudu. Dilarang menyentuh isi durian dengan tangan kerana ia akan menyebabkan tempoyak yang dihasilkan nanti tidak tahan lama.

3. Buangkankan semua biji durian yang telah ditanggalkan isinya

 4.Gaulkan dengan garam halus secukup rasa. Letakkan adunan ke dalam balang. Tutup rapat2 balang tersebut dan biarkan di tempat dingin. Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam peti ais (rasa tempoyak akan lambat menjadi masam).

Sekian, selamat mencuba

No comments:

Post a Comment