Kebetulan masa kami balik kampung bulan April lepas, ATM ada buat Hari Terbuka ATM di kem2 ATM yang terpilih di seluruh negara. Hari terbuka tu tarikhnya pulak 6 April hingga 7 April 2013, tapi kami pergi masa hari pertama je. Tu pun sebab memang kem TUDM Kuantan terletak di laluan menghala ke Jengka. kami pun apa lagi, terus singgah rumah Long di Jaya Gading, ajak dia dengan anak2 pergi sekali.
Kami pergi ke hari terbuka tu dalam jam 9 pagi lebih, dah panas. Kami terpaksa parking kereta di luar kem sebab kenderaan yang tiada pelekat khas kem atau bukan warga ATM memang tak boleh masuk. Jauh lar jugak kami menapak, belum masuk ke kawasan kem dah beli air, panas dan haus.
perangkap binatang liar
Jet Pejuang Hawk
Kereta Kebal Adnan
Machine gun
kelengkapan angota PASKAL
contoh peluru yang digunakan
salah seorang anggota PASKAU yang buat demo
Selain itu ada jugak acara payung terjun dan persembahan akrobatik udara oleh anggota TUDM. Pasukan payung terjun masing bawa bendera Malaysia dan bendera negeri2 di Malaysia.
Bangga jugak rasa sebab sekarang Malaysia dah ada dua pasukan akrobatik udara bertaraf antarabangsa iaitu Smokey Bandits dan juga Krisakti. Memang excited dapat tengok diorang buat aksi2 yang menarik dan mendebarkan. Memang terasa seperti berada di LIMA. Kepada yang berminat nak tahu lebih mengenai Smokey Bandits dan Krisakti bolehlah google pasal mereka...
Harap2 lepas ni dapat jejak kaki di LIMA pulak. In Shaa Allah LIMA 2015 nanti...
i like
ReplyDeletehehee... tq2
ReplyDelete