Pages

Thursday, July 25, 2013

my wife cooking... lamb chop

Ini sambungan entry terdahulu...

Lame dah tak makan lamb chop kat restoran... Minimum harga RM10 satu meal tapi tu sekeping je lamb chopnya. Tak cukup untuk kami berdua. So, last week kami beli lamb shoulder yang dah di'chop'2. Agak murah, RM12 dapat 4 keping lamb shoulder.

Since kami berdua je, so kami buat dua keping je, lamb chop with black paper sauce dengan brokoli dan salad... nasi putih ada jugak. Western + melayu... Hehehe...

So, ini ler resepi homemade lamb chop kami...

homemade lamb chop

full set 
Bahan - bahan

( untuk perap)
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk kari
2 sudu makan bawang merah + bawang putih kisar
1 sudu teh cili kering kisar / cili boh
3 sudu teh madu
2 sudu teh kicap manis
1 sudu teh black pepper
1 tangkai rosemary dicincang halus
Garam
Gula

(untuk sos)
1 sudu makan butter
3 sudu makan sos black paper Maggi
1/2 biji bawang merah dicincang halus
1/2 cawan air

Cara penyediaan

1. Campurkan semua bahan2 untuk perap. Tambah garam dan gula mengikut selera.
2. Lumurkan bahan perap pada kepingan lamb chop dan letakkan di dalam bekas bertutup. Simpan semalaman dalam peti sejuk.
3. Boleh bakar lamb shoulder yang dah diperap di atas dapur arang atau dapur gas tapi kena jaga. Takut hangus nanti. Boleh juga guna oven dan bakar pada suhu 230 celcius selama 40 minit. Tuang secawan air di dalam tray oven untuk mengelakkan lamb terlalu kering.
4. Balikkan lamb shoulder selepas 20 minit.
5. Sementara menunggu lamb masak, panaskan kuali untuk sediakan sos black paper.
6. Panaskan butter dan tumis bawang merah hingga naik bau.
7. Masukkan sos black paper dan kacau, tambah air jika terlalu pekat. Biarkan mendidih.
8. Tuangkan sos yang sudah masak ke atas lamb yang dah siap dibakar dan sedia dihidang.

p/s: tenderloin steak pulak lepas ni

No comments:

Post a Comment