Wednesday, July 31, 2013

Resepi Ayam Panggang Madu


Sebelum ni kami beli atau makan kat kedai je kalu terasa nak makan ayam panggang atau ayam golek. Since kami dah ada oven yang best, kami try panggang sendiri... Guna resepi wife tersayang. Kami panggang 1/4 je ayam sebab kami berdua je...

ayam panggang madu

Bahan2 
Ayam
Kicap cair
Kicap manis
Minyak bijan
Sos tiram
Madu
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Garam

Cara2
Rebus ayam bersama hirisan halia, bawang merah, bawang putih dan sedikit garam hingga separuh masak. Keluarkan ayam dan sejukkan. Air rebusan ayam boleh disimpan sebagai stok ayam, x perlu buang. Gaulkan ayam dengan kicap cair, kicap manis, minyak bijan, sos tiram, madu dan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar. Simpan ayam yang telah diperap di dalam peti sejuk selama setengah jam.
Bakar ayam di dalam oven pada suhu 250 celcius selama 15 minit... Then, ayam siap untuk dihidang... Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi ayam...

No comments:

Post a Comment