Pages

Thursday, July 25, 2013

my wife cooking.. lasagna and lamb chop

Semalam kami berbuka dengan western food, lasagna and lamb chop. Saje tukar selera dari melayu ke barat. Kalau tak menu berbuka kami nasi...mee..nasi..mee. Menu ni adalah percubaan pertama wife setelah puas menggoogle resepi di blog2 masakan dan resepi dari buku. Maka terhasillah, my wife cooking...jom tengok resepinya.

lasagna

Resepi Lasagna:
Bahan-bahannya:

kulit lasagna jenama sanremo-sebab ada logo halal jakim
daging kisar-direbus
bawang besar-didadu
bawang putih-hiris nipis (sebab malas nak cincang)
tomato-didadu
capsikum merah dan hijau-didadu
cendawan shitake-ini je yang ada-hiris nipis
sos cili, oergano, garam, dan lada hitam sebagai perasa

Cara membuatnya:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang, bila dah layu, masukkan daging cincang, masak hingga air rebusan daging kering, masukkan tomato, masak hingga lembik, masukkan kapsikum, kacau rata.
masukkan sos cili, serbuk oregano, lada hitam dan garam, masak hingga air kering.

sapu rata minyak dalam loyang, susun kepingan lasagna hingga tutup dasar loyang, letak inti dengan rata,
tuangkan sos putih, letak kepingan cheese dale, lepastu ulang step yang sama, saya buat 2 layer je, ikut banyak mana inti.

preheat heat oven 250 degree selama 10 minit, masak lasagna selama 30 minit pada suhu 150.

western set for breaking fast
Resepi yang lain, nanti akan di update pada entry lain. Sekian, terima kasih.

1 comment:

  1. PEMBATALAN PENGIKTIRAFAN 2 BADAN ISLAM LUAR NEGARA PDF Cetak emel
    Ahad, 28 Julai 2013 23:51
    Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas dua (2) Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf di Australia seperti berikut:

    1.Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC); dan
    2.Australian Halal Food Services (AHFS)

    PENARIKAN BALIK pengiktirafan ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Julai 2013. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang www.halal.gov.my.

    Sehubungan itu, bagi produk-produk import berasaskan haiwan dan bukan berasaskan haiwan yang telah mendapat pengesahan halal daripada badan pensijilan halal berkenaan sebelum atau pada 15 Julai 2013, Sijil Halal tersebut adalah diterimapakai oleh JAKIM sehingga tarikh tamat sijil.
    Manakala bagi produk sedia ada di Malaysia, sijil halal tersebut hanya diterima pakai untuk tujuan penghabisan stok. Bagi pembelian stok baru selepas 15 Julai 2013, ianya hendaklah disertai dengan sijil halal daripada Badan Pensijilan Halal Yang Diiktiraf oleh Jakim di Australia.

    http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/308-pembatalan-pengiktirafan-2-badan-islam-luar-negara

    ReplyDelete